Bangladesh Runding Untuk Peroleh 26 Buah Kereta Kebal Ringan Tulpar Buatan Turkiye

Penghantaran kereta kebal ringan Tulpar kepada Angkatan Tentera Bangladesh dijangka bermula pada 2025, menandakan langkah penting dalam usaha pemodenan tentera darat Bangladesh.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bangladesh dilaporkan sedang berunding dengan syarikat pertahanan Turkiye, Otokar Otomotiv ve Savunma Sanayi A.S. (Otokar) untuk memperolehi 26 buah kereta kebal ringan Tulpar untuk meningkatkan kemampuan pasukan armornya.
Penghantaran kereta kebal ringan Tulpar kepada Angkatan Tentera Bangladesh dijangka bermula pada 2025, menandakan langkah penting dalam usaha pemodenan tentera darat Bangladesh.
Türkiye telah menjadi pemain utama dalam eksport pertahanan global, terutamanya di Asia Selatan.
Perkembangan ini menunjukkan peningkatan kerjasama pertahanan antara Bangladesh dan Turkiye, serta memperkukuh kedudukan Ankara sebagai pembekal utama dalam eksport pertahanan global, khususnya di Asia Selatan.
Selain daripada penglibatannya dengan Bangladesh, syarikat-syarikat pertahanan Türkiye telah memperkukuh hubungan pertahanan dengan Pakistan, membekalkan peralatan seperti kapal korvet MILGEM, dron, dan sokongan untuk peningkatan kapal selam, yang menimbulkan kritikan daripada India.
Kereta kebal ringan TULPAR, yang dihasilkan oleh Otokar, dilengkapi dengan turet HITFACT II dari Leonardo, menawarkan fleksibiliti dan perlindungan tinggi dalam persekitaran pertempuran yang mencabar.
Tulpar via X
Kereta kebal ringan TULPAR buatan Türkiye adalah kenderaan tempur berperisai yang direka untuk memberikan sokongan kepada pasukan darat dalam pertempuran.
Kereta kebal ringan Tulpar itu mempunyai berat berat sekitar 30 hingga 40 tan, bergantung pada konfigurasi dan peralatan tambahan.
Ia dilengkapi dengan enjin diesel berkuasa 810 hp (horsepower), yang membolehkannya bergerak dengan pantas di pelbagai jenis permukaan.
Kereta kebal ringan buatan Turkiye itu boleh mencapai kelajuan hingga 70 km/j di jalan rata dan  mampu bergerak sejauh 600 km tanpa perlu mengisi minyak.
Daripada segi sistem persenjataan, kereta kebal ringan itu dilengkapi dengan meriam 105mm atau 120mm (bergantung pada model) yang boleh menembak pelbagai jenis peluru, termasuk peluru anti-kereta kebal, mesingan 7.62mm sebagai senjata tambahan.
Kereta kebal ringan Tuplar itu dilengkapi dengan perisai modular yang boleh ditingkatkan untuk menahan tembakan peluru besar dan letupan.
Tulpar via X
Ia juga boleh dilengkapi dengan sistem pertahanan aktif untuk mengesan dan memintas ancaman seperti peluru berpandu anti-kereta kebal.
TULPAR boleh beroperasi di kawasan berair cetek, memberikan kelebihan dalam operasi di pelbagai jenis medan perang.
Ia boleh mengangkut tiga orang kru utama (pemandu, komander, dan penembak) serta ruang untuk membawa beberapa anggota tentera tambahan.
TULPAR direka agar tahan lasak, fleksibel, dan mampu beroperasi dalam persekitaran ekstrem seperti padang pasir, kawasan pergunungan, dan hutan tebal.
Tentera Darat Bangladesh mengoperasikan pelbagai jenis kereta kebal untuk memperkukuh keupayaan pertahanannya termasuk 44 buah kereta kebal MBT-2000 buatan China yang dilengkapi dengan meriam 125mm dan sistem kawalan tembakan moden.
Selain itu ia juga mengoperasikan kereta kebal Type 59G, Type 69, Type 62 dan juga Type 90-II.
Selain itu, Bangladesh juga memiliki sistem pelancar roket berganda WS-22 dan meriam mudah gerak Nora B-52K-I buatan Serbia untuk menyokong operasi ketumbukan armor mereka.
Dengan kepelbagaian aset ini, Tentera Darat Bangladesh berupaya menjalankan operasi pertahanan dan serangan dengan lebih berkesan, sesuai dengan keperluan strategik dan taktikal negara. — DSA

 

BangladeshOtokarTulparTurkiye
Comments (0)
Add Comment