(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang anggota tentera khas British terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan setelah payung terjunnya gagal berfungsi selepas terjun daripada sebuah pesawat pada ketinggian 15,000 kaki dalam kejadian yang berlaku di selatan California, Amerika Syarikat.
Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku pada 6 Julai dan disahkan oleh pihak berkuasa California dan Kementerian Pertahanan Britain.
Menurut laporan media tempatan, anggota tentera British itu terjatuh di atas bumbung rumah penduduk tempatan dan terjatuh dibahagian dapur rumah itu, menyebabkan lubang besar pada atap rumah berkenaan .
“Askar berkenaan terjun daripada pesawat ketika latihan terjunan High Altitude Low Opening (HALO), teknik yang kerapkali digunakan oleh anggota unit-unit khas tentera. Beliau hilang kawalan ketika menghampiri Camp Roberts, berhampiran Atascadero,” menurut media tempatan.
Kejadian berlaku kira-kira 5 petang pada 6 Julai itu.
Penduduk tempatan melihat payung terjun gagal itu berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan mangsa berpusing-pusing di udara dan hilang kawalan.
Penduduk yang menyedari kejadian itu kemudian segera menghubungi 911 untuk bantuan kecemasan.
Gambar di lokasi kejadian menunjukkan mangsa yang berada di dalam keadaan sedar tetapi terkejut terbaring bersama serpihan bumbung yang pecah.
Payung terjun yang digunakan tersangkut pada bahagian bumbung rumah.
“Penerjun jatuh sehingga menembusi bahagian dalam rumah berkenaan sehingga menyebabkan ia rosak. Mangsa hanya mengadu sakit namun tiada kecederaan serius yang dialami dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan,” anggota polis California.
Kementerian Pertahanan British dalam satu kenyataan berkata, anggota tentera itu hanya mengalami kecederaan ringan ketika melakukan terjunan parachute bersama-sama anggota tentera Amerika Syarikat.
Mangsa beransur pulih.