Arab Saudi Peroleh Kenderaan Perisai Cobra II 4×4 Untuk Kawalan Keselamatan Kota Suci Mekah

Ketika perbarisan tentera itu di kota Mekah itu, pasukan keselamatan Arab Saudi telah menunjukkan anggota pasukan khasnya mengoperasikan kenderaan perisai Cobra II 4x4  yang telah dibangunkan oleh syarikat pertahanan Turkiye, Otokar.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bulan lepas, Arab Saudi telah menganjurkan perbarisan tentera di kota suci, Mekah untuk menunjukkan persediaan pasukan khasnya dalam menjaga keselamatan mereka yang menunaikan ibadah haji dan umrah.

Ketika perbarisan tentera itu di kota Mekah itu, pasukan keselamatan Arab Saudi telah menunjukkan anggota pasukan khasnya mengoperasikan kenderaan perisai Cobra II 4×4  yang telah dibangunkan oleh syarikat pertahanan Turkiye, Otokar.

Negara Arab yang kaya dengan sumber minyak dan gasnya telah meningkatkan langkah keselamatan di Mekah yang setiap tahun menarik kira-kira dua juta orang daripada seluruh dunia untuk mengerjakan ibadah haji.

Antara langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak berkuasa Arab Saudi adalah menggunakan sistem  pemantauan dan pengawasan serta kerahan anggota pasukan keselamatan termasuk wanita.

Anggota keselamatan Arab Saudi telah melakukan latihan bagi membolehkan mereka bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai senario yang mengancam keselamatan.

Syarikat Otokar dan kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah menandatangani kontrak bagi perolehan kenderaan perisai Cobra II 4×4 pada tahun tahun lepas.

Selaras dengan kontrak itu,kenderaan-kenderaan perisai Cobra II telah mula diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi pada tahun ini.

Dengan itu, Arab Saudi menjadi pelanggan terbaru bagi kenderaan perisai Cobra II 4×4.

Kenderaan perisai Cobra II 4×4 seberat 12 tan itu adalah sebuah kenderaan taktikal yang direka dan dibangunkan oleh syarikat Otokar.

Ia memberikan penggunanya perlindungan yang dipertingkatkan, mobility dan kapasiti membawa muatan.

Kenderaan perisai Cobra II 4×4 menampilkan monocoque hull structure bagi memberikan ia perlindungan ballistik dan periuk api, selain bagi membolehkan ia membawa sembilan penumpang termasuk pemandu dan komandernya.

Kenderaan perisai itu dilengkapi dengan enjin yang membolehkannya dipandu selaju 110km sejam dan jarak sejauh 700km, membolehkannya melaksanakan pelbagai operasi tentera dan keselamatan termasuk di urban dan kawasan luar bandar.

“Cobra II”

 

Ia juga boleh dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata, bergantung kepada keperluan penggunanya dan keperluan operasinya daripada kawalan keselamatan di sempadan, rondaan, pemantauan dan keselamatan dalam negeri.

Antara sistem persenjataan yang boleh dipasang pada kenderaan perisai Cobra II 4×4 adalah Remote Control Weapon System (RCWS) dengan meriam 25mm dan pelancar grenad.

Selain itu ia juga boleh dilengkapi dengan sistem pertahanan udara jarak dekat.

Kenderaan perisai keluaran syarikat Otokar daripada Turkiye itu boleh di-konfigurasi berdasarkan keperluannya daripada platform pelancar peluru berpandu anti-pesawat, kenderaan anti-kereta kebal, kenderaan kawalan dan pemerintahan, ambulan, stesen jammer, Mine Resistant Ambush Protected Vehicle (MRAP) dan lain-lain.

Negara lain yang menggunakan kenderaan perisai Cobra II 4×4 termasuklah: Azerbaijan, Bangladesh, Ecuador, Ghana, Ivory Coast, Kazakhstan, Morocco, Rwanda, Saudi Arabia, Senegal, Tunisia, Turkey, dan Ukraine.  — DSA

 

 

Cobra IIfeaturedMekahOtokar
Comments (0)
Add Comment