(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam media Filipina melaporkan tentang kehadiran 220 buah bot militia maritim China di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara itu berhampiran Julian Felipe Reef (Union/Whitsun Reef) di bahagian barat Laut Filipina.
Manila telah pun mengemukakan protes kepada China meminta Beijing supaya menghentikan pencerobohan bot-bot terbabit, sambil mengerah pesawat-pesawat serta kapal perondanya untuk memantau keadaan.
Terumbu karang Julian Felipe Reef itu hanya terletak 175 batu nautika daripada Palawan dan terletak di dalam kawasan ZEE Filipina.
Dan hari ini kedutaan China di Manila memberikan respons mereka terhadap protes Filipina itu dan mereka telah mengemukakan jawapan yang “biasa di dengar” sebgaimana jawapan-jawapan mereka sebelum ini.
Apa jawapan kedutaan China itu?
Kedutaan China di Manila berkata terumbu karang Julian Felipe Reef itu tetapi dipanggil Niue Jiao oleh China adalah sebahagian daripada Nansha Qundao (Kepulauan Spratly) yang didakwa Beijing sebagai hak miliknya sejak berkurun lamanya.
Senang cerita, semua di Laut China Selatan adalah milik Tembok Besar China dan Filipina tidak boleh membuat protes kerana Julian Felipe Reef itu adalah milik China.
Menurut pihak kedutaan China lagi, bot-bot nelayan China telah menangkap ikan di kawasan perairan terumbu karang Julian Felipe Reef itu sejak bertahun lamanya sambil turut menafikan bahawa bot-bot itu adalah militia maritim sebagaimana didakwa oleh Manila.
Di bawah Nine Dash Line, apa sahaja pulau, terumbu karang, sama ada atas permukaan atau dasar laut di Laut China Selatan adalah milik Republik Rakyat China dan orang lain kena terima fakta yang dikemukakan oleh pihak China itu.
Ia sama dengan apa yang berlaku di Beting Patinggi Ali.
Mengapa China menghantar kapal-kapal pengawal pantainya ke perairan sekitar Beting Patinggi Ali sejak bertahun lamanya? jawapannya adalah kerana ia menganggap beting itu adalah hak miliknya atas faktor sejarah, kononnya sejak berkurun lamanya nelayan-nelayan China sudah menangkap ikan disitu.
Sebenarnya, mengikut pemahaman China,kita ni semua hanya menumpang di atas tanah datuk nenek mereka sahaja.
Mengikut faktor sejarah juga, bumi dan bulan juga adalah milik China…..