Amerika Pegang “Kunci” Sama Ada Malaysia Berjaya Peroleh F/A-18C/D Milik Kuwait

Sebenarnya dalam isu perolehan pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D milik Tentera Udara Kuwait (KAF), pihak yang benar-benar memegang “kunci” kepada perolehan itu bukan Kuwait, tetapi adalah Amerika Syarikat sebagai negara pengeluar pesawat itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun Kuwait memberikan reaksi positif terhadap usaha Malaysia untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D miliknya, tetapi negara masih perlu mendapatkan kelulusan daripada negara pengeluar pesawat pejuang itu, Amerika Syarikat.
Tanpa kelulusan daripada Amerika Syarikat, Kuwait tidak boleh menjual pesawat pejuang F/A-18C/D miliknya itu kepada Malaysia.
Sebenarnya dalam isu perolehan pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D milik Tentera Udara Kuwait (KAF), pihak yang benar-benar memegang “kunci” kepada perolehan itu bukan Kuwait, tetapi adalah Amerika Syarikat sebagai negara pengeluar pesawat itu.
Boleh dikatakan, sebagai negara pengeluar pesawat pejuang itu, Amerika Syarikat merupakan pihak yang akan menentukan sama ada usaha Malaysia untuk memperolehi pesawat pejuang F/A-18C/D milik negara Timur Tengah itu berjaya atau tidak.
Nampaknya, selepas mendapat reaksi positif daripada kerajaan Kuwait, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu terbang ke Washington pula untuk mengadakan lawatan kerja bagi mendapatkan kelulusan daripada Amerika Syarikat.
Pesawat F/A-18C/D Tentera Udara Kuwait
Defence Security Asia dimaklumkan bahawa Menteri Pertahanan sememangnya bercadang untuk ke Washington dalam waktu terdekat ini.
Perolehan pesawat-pesawat pejuang Hornet milik Kuwait itu sekiranya berjaya, akan menambah pesawat pejuang Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengoperasikan lapan buah pesawat pejuang terbabit selepas memperolehinya pada tahun 1997.
Pesawat pejuang F/A-18 Hornet itu dibangunkan oleh Boeing (dahulu McDonnel Douglas).
Sementara itu, selain memerlukan kelulusan daripada Amerika Syarikat, Malaysia juga perlu menanti untuk Kuwait menerima pesawat-pesawat pejuang F/A-18E/F Super Hornet dipesannya terlebih dahulu sebelum negara Timur Tengah itu bertindak “melepaskan” pesawat pejuang F/A-18C/D miliknya itu kepada Malaysia.
Pada 2018, Kuwait telah memperolehi sebanyak 28 buah pesawat Super Hornet yang terdiri daripada 22 buah pesawat satu tempat duduk F/A-18E dan enam buah pesawat F/A-18F Super Hornet yang bakal beroperasi daripada Pangkalan Udara Ahmed al-Jaber.
Pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Kuwait
Selain pesawat-pesawat pejuang Super Hornet, Kuwait turut membeli 28 buah pesawat Eurofighter Typhoon yang dibangunkan oleh BAE Systems yang dianggarkan bernilai US$8.7 bilion.
Kuwait dijangka akan memperolehi kesemua pesawat Super Hornetnya itu di antara tahun 2025 hingga 2027.
Kuwait memperolehi 33 buah pesawat pejuang F/A-18C/D selepas Perang Teluk.
Pada 2021, Timbalan Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata Kementerian Pertahanan merancang mengadakan rundingan dengan Kuwait untuk memperolehi 33 buah pesawat pejuang Hornet milik negara Timur Tengah secara “lock, stock and barrel.”
Pada 2022, portal pertahanan Amerika Syarikat “Breaking Defense” melaporkan bahawa kerajaan Kuwait sedang berunding dengan Pemerintahan Pasukan Marin Amerika Syarikat (United States Marines Command) mengenai pesawat-pesawat F/A-18C/D Hornet milik Tentera Udara Kuwait itu.
Super Hornet Tentera Udara Kuwait
“Terdapat laporan mengatakan bahawa Pemerintahan Pasukan Marin Amerika Syarikat berminat untuk memperolehi pesawat-pesawat Hornet Tentera Udara Kuwait  dan rundingan sedang berjalan pada ketika ini,” kata penganalisis pertahanan berpengkalan di Kuwait, Ali Al-Hashim.
Jika Amerika Syarikat mahu membeli semula pesawat pejuang itu dairpada Kuwait, maka “leburlah” harapan Kementerian Pertahanan untuk memperolehi 33 buah pesawat pejuang F/A-18C/D. — DSA

 

 

F/A-18C/DfeaturedKuwaitMalaysia
Comments (0)
Add Comment