Amerika Kerah Kapal Pengangkut USS Dwight E. Eisenhower Ke Mediterranean Untuk “Lindungi” Israel

Ketika perang besar diantara Hezbollah dan Israel dijangka tercetus pada bila-bila masa, Amerika Syarikat mengumumkan bahawa kapal pengangkut pesawatnya, USS Dwight E.Eisenhower (CVN-69) akan dikerahkan ke Laut Mediterranean, tidak jauh daripada kawasan pesisir pantai Israel.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun Israel sering mendabik dada menyatakan ia memiliki bala tentera terkuat dan paling canggih di Timur Tengah, namun apabila dicabar oleh kumpulan bersenjata Hezbollah ia telah meminta bantuan dan sokongan ketenteraan daripada Amerika Syarikat.

Ketika perang besar diantara Hezbollah dan Israel dijangka tercetus pada bila-bila masa, Amerika Syarikat mengumumkan bahawa kapal pengangkut pesawatnya, USS Dwight E.Eisenhower (CVN-69) akan dikerahkan ke Laut Mediterranean, tidak jauh daripada kawasan pesisir pantai Israel.

Kapal pengangkut pesawat yang membawa lebih daripada 100 pesawat pejuang pelbagai jenis itu akan berada di Laut Mediterranean untuk menjadi “pelindung” kepada Israel sekiranya peperangan besar-besaran dengan Hezbollah tercetus.

Penganalisis menyatakan bahawa pesawat-pesawat Amerika Syarikat yang beroperasi daripada USS Dwight E-Eisenhower berkemungkinan akan terlibat sama dengan pesawat pejuang Tentera Udara Israel membedil kedudukan pejuang Hezbollah sekiranya peperangan tercetus.

Pesawat-pesawat pejuang Amerika yang beroperasi daripada kapal pengangkut pesawat itu juga akan membantu tentera Israel daripada segi maklumat perisikan, peperangan elektronik dan juga bantuan serangan darat.

USS Dwight D.Eisenhower

 

Tindakan pentadbiran Rumah Putih mengerah USS Dwight E-Eisenhower ke Laut Mediterranean itu diambil selepas Amerika Syarikat memberi jaminan kepada Israel bahawa ia akan memberikan “sokongan penuh” kepada sekutunya itu sekira peperangan dengan Hezbollah itu tercetus.

Bagaimanapun pada masa yang sama, Washington menjelaskan tiada anggota tentera Amerika akan dikerah ke mana-mana bahagian Lubnan sekiranya peperangan tercetus antara kedua pihak.

Washington tetap akan memberikan “sokongan penuh” terhadap Israel walaupun hubungan diantara Presiden Biden dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tegang pada ketika ini.

Pada ketika ini kapal pengangkut pesawat USS Dwight E-Eisenhower masih berada di Laut Merah, melaksanakan operasi untuk melindungi kapal-kapal komersial daripada ancaman peluru berpandu dan dron-dron berani mati dilancar oleh pejuang Houthi.

Amerika Syarikat bimbang dengan kemampuan tentera Israel menangani serangan Hezbollah sekiranya perang tercetus antara kedua-dua pihak.

Kegagalan tentera Israel menumpaskan pejuang-pejuang Hamas sehingga kini, walaupun konflik telah berlangsung hampir sembilan bulan, menimbulkan keraguan termasuk daripada penduduk Israel sendiri terhadap kemampuan angkatan tenteranya untuk menewaskan Hezbollah, yang jauh lebih terlatih dan lebih lengkap bersenjata berbanding Hamas.

F-35I “Adir” Israel

 

Beberapa hari lalu, Washington melahirkan kebimbangan mereka terhadap kemampuan sistem pertahanan udara “Iron Dome” Israel menangani serangan peluru berpandu dan dron-dron berani mati Hezbollah sekiranya peperangan besar-besaran tercetus di antara mereka, sebagaimana diramalkan oleh banyak pihak.

Sebagaimana dilaporkan oleh stesen  televisyen terkenal Amerika Syarikat CNN, tiga orang pegawai kanan pertahanan Amerika Syarikat telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang keupayaan sistem pertahanan udara “Iron Dome” itu kepada pegawai Israel dalam menangani serangan roket dan peluru berpandu Hezbollah.

“Kita telah melakukan kajian dan mendapati bahawa ada sebahagian daripada sistem pertahanan udara Iron Dome itu akan bergelut untuk menangani peningkatan serangan peluru berpandu dan roket-roket daripada Hezbollah sekiranya peperangan besar-besar tercetus antara kedua pihak,” kata pegawai Amerika itu.

Buat beberapa tahun, Hezbollah telah mengumpul ratusan ribu roket pelbagai kaliber dan juga peluru berpandu sebagai persiapan sekiranya peperangan dengan Israel tercetus.

Penganalisis menyatakan pejuang-pejuang Hezbollah memiliki di antara 150,000 roket pelbagai jenis sehingga kepada 1 juta roket berada di dalam pegangannya.

Pegawai tentera Israel juga mengakui bahawa bahawa sistem pertahanan udara “Iron Dome” akan berhadapan dengan cabaran yang hebat untuk menangani peningkatan serangan roket dan peluru berpandu daripada Hezbollah.

Pejuang Hezbollah

 

Kebimbangan Amerika terhadap kemampuan sistem pertahanan udara “Iron Dome” itu juga bertitik-tolak darripada insiden awal bulan ini dimana pejuang kumpulan Hezbollah di  Lubnan telah berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara Iron Dome milik tentera Israel menggunakan peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” yang dibekalkan oleh Iran.

Kumpulan Hezbollah telah mengeluarkan  video dan gambar-gambar yang  menunjukkan peluru berpandu anti-kereta kebal generasi ketiga “Almas” itu telah memusnahkan pelancar sistem pertahanan udara Iron Dome yang terletak di sebuah pangkalan tentera Israel di Ramot Naftali. — DSA

AmerikafeaturedHezbollahUSS Dwight E. Eisenhower
Comments (0)
Add Comment