Amerika Hantar Kapal Pengangkut Pesawat Kedua, USS Dwight D. Eisenhower Ke Israel

Kapal pengangkut pesawat kedua itu Amerika Syarikat itu, USS Dwight D. Eisenhower telah pun berada perairan di Timur Tengah dan kini berkemungkinan akan “melencong” menuju ke perairan Israel bagi mengiringi kapal pengangkut pesawat pertama USS Gerald R.Ford yang difahamkan sudah pun tiba di perairan Israel.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat bercadang untuk menghantar kapal pengangkut pesawat yang kedua ke perairan Israel bagi membantu kapal pengangkut pesawat terbesar dunia , USS Gerald R. Ford yang telah tiba di perairan negara itu hari ini.

Kapal pengangkut pesawat kedua itu Amerika Syarikat itu, USS Dwight D. Eisenhower telah pun berada perairan di Timur Tengah dan kini berkemungkinan akan “melencong” menuju ke perairan Israel bagi mengiringi kapal pengangkut pesawat pertama USS Gerald R.Ford.

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu membawa kira-kira 200 buah pesawat pejuang.

Manakala Carrier Strike Group USS Gerald R.Ford dan USS Dwight D.Eisenhower itu juga diiringi dengan pelbagai kapal-kapal kapal pengiring terdiri daripada kelas-kelas cruiser dan juga destroyer.

Menurut pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, kehadiran kedua-dua kapal pengangkut pesawat itu adalah untuk menunjukkan sokongan kepada Israel serta sebagai “amaran” kepada mana-mana pihak ketiga yang cuba mencampuri konflik di antara Israel dan Hamas pada ketika.

USS Dwight D.Eisenhower

 

Penganalisis pertahanan menyatakan Amerika Syarikat cuba memberi “amaran”kepada Iran supaya tidak sesekali cuba mencampuri konflik yang sedang berlaku pada ketika ini atau membantu pejuang-pejuang Hamas di Semenanjung Gaza dan juga Hezbollah di selatan Lubnan.

Selain menghantar kapal pengangkut pesawatnya ke perairan Israel sebagai tanda sokongan kepada rejim Yahudi itu, Amerika Syarikat juga dilaporkan akan menghantar lebih banyak persenjataan dan peluru kepada Israel dalam tempoh beberapa hari ini untuk membantu tentera negara itu.

Israel dikatakan berhadapan dengan kekurangan peluru dan persenjataan lain selepas ia bertindak menggunakan peluru dan senjata lain daripada simpanan strategiknya untuk membantu Ukraine dalam menghadapi Russia.

Bernilai US$13 billion (RM52 billion), USS Gerald Ford (CVN-78) adalah kapal pengangkut pesawat kelas Gerald Ford yang pertama daripada empat kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear baharu bagi menggantikan kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz.

“Saya telah mengarahkan pergerakan USS Gerald R.Ford Carrier Strike Group ke perairan timur Mediterranean (perairan Israel). “

USS Gerald R.Ford (CVN78)

 

“Selain itu Amerika Syarikat juga akan membekalkan Angkatan Tentera Israel dengan sumber-sumber dan peralatan lain termasuk peluru,” kata setiausaha pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin.

Dalam satu reaksi balas, jurucakap Hamas menyatakan bahawa kerahan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat tidak “menakutkan” kumpulan bersenjata Palestin itu.

Bantuan senjata dan peluru daripada Amerika Syarikat itu akan tiba di Israel di dalam beberapa hari ini.

Selain itu, Amerika Syarikat juga memiliki simpanan peluru meriam di Israel dan tentera negara itu telah diberikan kebenaran untuk menggunakan peluru-peluru meriam itu untuk operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza dan Lubnan.

Israel merupakan negara yang paling banyak menerima bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat dalam setahun, dengan jumlah bantuan yang diterimanya berjumlah berbilion-bilion Dollar Amerika dalam setahun.

Serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza sehingga kini telah mengorbankan kira-kira 900 penduduknya, kebanyakkan adalah wanita dan kana-kanak.

 

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat itu juga berkata bahawa negara kuasa besar itu juga akan menambah skuadron pesawat pejuangnya yang beroperasi di Timur Tengah.

Ia adalah untuk membantu pesawat-pesawat pejuangnya yang sudah pun berada di Timur Tengah pada ketika ini untuk menangani Russia dan Iran.

Sementara itu US Central Command (CENTCOM) berkata pihak tentera Amerika Syarikat telah mengambil tindakan untuk menambah kekuatan udara di rantau itu bagi membantu pesawat-pesawat pejuang sedia ada di rantau itu seperti F-16, A-10 Thunderbolt dan F-15. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AmerikafeaturedKapal Pengangkut PesawatUSS Dwight E. Eisenhower