Amerika Bimbang “Kecanggihan” Program Pembangunan Peluru Berpandu Ballistik Pakistan

 Timbalan Penasihat Keselamatan Negara AS Jon Finer berkata bahawa Pakistan sedang memajukan teknologi peluru berpandunya dengan cara yang semakin "canggih" dan "mempunyai keupayaan untuk menyerang sasaran jauh di luar Asia Selatan, termasuk di Amerika Syarikat."
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang pegawai kanan White House menyifatkan Pakistan sebagai “ancaman yang semakin meningkat” kepada Amerika Syarikat berikutan pembangunan peluru berpandu ballistik jarak jauhnya  yang mampu membedil sasaran di luar Asia Selatan “termasuk di Amerika Syarikat.”
 Timbalan Penasihat Keselamatan Negara AS Jon Finer berkata bahawa Pakistan sedang memajukan teknologi peluru berpandunya dengan cara yang semakin “canggih”.
Jika trend ini berterusan, beliau berkata, “Pakistan akan mempunyai keupayaan untuk menyerang sasaran jauh di luar Asia Selatan, termasuk di Amerika Syarikat.”
“Secara jujur, sukar untuk kami melihat tindakan Pakistan sebagai sesuatu selain daripada ancaman yang semakin meningkat kepada Amerika Syarikat,” tambahnya.
Dua pegawai kanan pentadbiran memberitahu media bahawa kebimbangan Amerika Syarikat terhadap program peluru berpandu ballistik Pakistan berpunca daripada saiz enjin roket yang sedang dibangunkan oleh negara Asia Selatan berkuasa nuklear itu.
Kenyataan Finer itu dibuat sehari selepas Washington mengumumkan pusingan baru sekatan berkaitan program pembangunan peluru berpandu ballistik Pakistan, termasuk terhadap agensi pertahanan milik negara yang menyelia program pembangunan peluru berpandu negara tersebut.
“Ababeel”
Amerika Syarikat berkata tindakan ini diambil “berdasarkan ancaman berterusan terhadap proliferasi dalam pembangunan peluru berpandu jarak jauh Pakistan.”
Pakistan menyifatkan sekatan oleh Washington itu sebagai “berat sebelah” dan memberi amaran mengenai kesannya terhadap kestabilan serantau, sambil menuduh Amerika mengamalkan dasar berat sebelah dalam dasar persenjataan.
Kementerian Luar Negeri Pakistan mengkritik Amerika Syarikat kerana mengecualikan negara lain daripada keperluan pelesenan untuk teknologi ketenteraan canggih.
“Amalan dwi-standard dan diskriminasi seperti ini bukan sahaja menjejaskan kredibiliti rejim non-proliferasi tetapi juga membahayakan keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa,” katanya.
Sasaran sekatan oleh Amerika Syarikat itu dipercayai mensasarkan National Development Complex (NDC), Pakistan yang bertanggungjawab dalam aktiviti membangunkan dan membina beberapa jenis peluru berpandu ballistik jarak jauh Pakistan.
Antara peluru-peluru berpandu ballistik jarak jauh yang dibangunkan dan dibina oleh National Development Complex, Pakistan itu adalah “Shaheen III” dan juga “Ababeel.”
Peluru berpandu ballistik jarak jauh “Shaheen III” dikatakan adalah antara peluru berpandu paling moden dimilik oleh tentera Pakistan.
Peluru berpandu ballistik yang menggunakan bahan api pepejal itu berkemampuan membedil sasaran dengan peledak konvensional dan nuklear sejauh sejauh 2,700km.
Ia adalah peluru berpandu ballistik paling jauh dimiliki oleh Pakistan.
Tentera Pakistan dilaporkan mula membangunkan peluru berpandu ballistik “Shaheen” itu pada awal 2000 dan pada 2014 ia mula memasuki perkhidmatan strategik tentera negara itu.
Berat keseluruhan peluru berpandu ballistik “Shaheen” itu itu adalah kira-kira 24,000 kg dan boleh dilengkapi dengan 1,200kg peledak konvensional.
Peluru berpandu ballistik “Shaheen” adalah peluru berpandu dua tahap (two-stage) yang menggunakan bahan api pepejal, manakala sistem panduannya  pula menggunakan Inertial dan Terminal dengan Circular Error Probable (CEP) 350m.
Pada 2017, pihak Amerika Syarikat percaya tentera Pakistan memiliki sehingga 50 butir peluru berpandu ballistik “Shaheen-II” dan “Shaheen-III”, tetapi percaya jumlah peluru berpandu ballistik itu berkemungkinan besar telah meningkat satu atau dua kali ganda.
Manakala peluru berpandu ballistik “Ababeel” pula dilaporkan berkemampuan membawa Multiple Independently Targetable Re-Entry Vehicle (MIRV).
Peluru berpandu ballistik “Ababeel” itu dikatakan masih di dalam tahap pembangunan.
Pada Oktober tahun lepas, tentera Pakistan telah melancarkan ujian pelancaran kedua peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel”.
Pakistan merupakan negara pertama di Asia Selatan melaksanakan ujian pelancaran terhadap peluru berpandu ballistik  “Ababeel” yang dilengkapkan dengan keupayaan MIRV, mengatasi negara jiran dan “musuh ketatnya” India yang masih belum mencapai tahap kemajuan itu dalam program pembangunan peluru berpandu ballistiknya.
Peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” berkeupayaan MIRV itu mampu membedil sasaran sejauh 2,200km.
“Raad”
Apakah itu MIRV?
MIRV adalah merupakan muatan membawa beberapa kepala peledak thermonuklear yang berkemampuan membedil sasaran pada masa serentak.
Pada ketika hanya beberapa negara di dunia yang memiliki peluru-peluru berpandu ballistik yang mempunyai keupayaan MIRV seperti Russia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan China, manakala Israel juga dipercayai memiliki atau sedang membangunkan peluru berpandu ballistik dengan kemampuan MIRV.
Sekiranya peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” milik Pakistan itu berjaya dalam pembangunan seterusnya, maka ia akan menyertai sekumpulan kecil negara-negara di dunia yang memiliki kemampuan MIRV itu. — DSA
AmerikafeaturedPakistanPeluru berpanduShaheen
Comments (0)
Add Comment