Afghanistan: Trump Minta Presiden Biden Letak Jawatan

"Sudah tiba masanya Joe Biden mengundurkan diri atas apa yang berlaku di Afghanistan," kata Trump dalam satu kenyataan selain menyentuh mengenai lonjakan kes COVID-19 di AS dan imigrasi domestik, ekonomi dan dasar tenaga.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meminta penggantinya Joe Biden mengundur diri berikutan penawanan Afghanistan secara pantas oleh Taliban, sebaik tentera AS menarik diri dari negara itu selepas hampir 20 tahun di lapangan.

“Sudah tiba masanya Joe Biden mengundurkan diri atas apa yang berlaku di Afghanistan,” kata Trump dalam satu kenyataan selain menyentuh mengenai lonjakan kes COVID-19 di AS dan imigrasi domestik, ekonomi dan dasar tenaga.

Taliban menakluki Afghanistan sekelip mata selepas mereka digulingkan oleh serangan AS dan semalam mereka menguasai Kabul, dua minggu awal sebelum 31 Ogos yang ditetapkan oleh Biden untuk menyelesaikan penarikan tentera AS dari negara itu.

Sebelum ini, di bawah pentadbiran Trump, AS membuat perjanjian dengan Taliban di Doha pada tahun 2020 yang menyaksikan AS menarik semua tenteranya pada Mei 2021 sebagai pertukaran untuk pelbagai jaminan keselamatan dari militan.

Namun, ketika Biden berkuasa pada awal tahun ini, beliau menolak tarikh akhir penarikan tentera dan tidak menetapkan syarat untuk itu.

Bagaimanapun, Trump berulang kali mengecam Biden atas tindakan itu dengan menyatakan bahawa penarikan diri itu akan lebih berjaya sekiranya beliau masih menjadi presiden.

“Apa yang dilakukan Joe Biden dengan Afghanistan adalah legenda. Ia menjadi satu kekalahan terbesar dalam sejarah Amerika,” katanya.

Pentadbiran Biden menjelaskan, rundingan perjanjian Doha mengenai penarikan tentera menjadi pilihan sebahagian besar masyarakat AS untuk mengakhiri perang selama-lamanya.

Biden menghadapi kritikan bahawa penarikan tentera itu gagal diuruskan dan AS kini berusaha memindahkan kedutaannya, hanya sebulan selepas beliau merasa bimbang kerajaan Afghanistan akan tumbang dengan cepa

 

DEFENCE SECURITY ASIA

AfghanistanKabulTalibanTrump
Comments (0)
Add Comment