[VIDEO] India Bercadang Beli 500 Buah Kereta Kebal T-14 “Armata” Dari Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  India bakal muncul sebagai antara negara luar paling awal yang akan membeli kereta kebal T-14 “Armata” buatan Russia, jika dakwaan daripada media-media tempatan menjadi kenyataan.

Media tempatan India mendakwa India sudah bersedia menandatangani perjanjian untuk membeli 500 buah kereta kebal T-14 Armata bernilai berbillion dolar.

(Ujian penembakan kereta kebal T-14 Armata di lapang sasar)

India dikatakan sudah bersedia untuk mendapatkan 500 buah kereta kebal terkini buatan Russia selepas Moscow telah memberikan kelulusan eksport bagi T-14 Armata. Selain India, China juga dilaporkan berminat untuk membeli kereta kebal termoden Russia itu.

Sebenarnya ura-ura India mendapatkan kereta kebal T-14 Armata sudah diperkatakan oleh media-media negara itu sejak pertengahan tahun lepas, tetapi disebabkan Russia masih belum menyiapkan versi eksport bagi kereta kebal itu maka usaha penjualannya ke India tidak berhasil. Kini apabila T-14 Armata telah memiliki versi eksportnya maka usaha penjualannya ke India dan negara-negara luar yang kembali dirundingkan.

Kereta kebal T-14 Armata pada perbarisan di Moscow.

Bagi media-media Russia,  India mampu mengurangkan jurang kekuatan armor antaranya dengan tentera China terutamanya di kawasan sempadan utaranya apabila ia membeli T-14 Armata.

Dibangunkan oleh syarikat Russia, Uralvagonzavod (UVZ), kereta kebal T-14 Armata mula kelihatan di khalayak ramai pada perbarisan Victory Parade di Moscow pada 2015.

Berat kereta kebal T-14 Armata ini hanyalah disekitar 48 tan dan ia dilengkapi dengan meriam 125mm smoothbore gun yang juga berkemampuan untuk melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal panduan lasaer.

Pada ketika ini,  India mengerahkan kereta kebal daripada jenis T-72  dan T-90 ke beberapa pangkalan tentera daratnya yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan India.

Russia juga bercadang menjual kereta kebal T-14 Armata (versi eksport) kepada negara-negara seperti Algeria, Iran dan Belarus.

India menurut media Russia, tetap merupakan antara pelanggan utama senjata Russia dengan Moscow bukan sahaja menawarkan kereta kebal T-14, tetapi juga sedang melobi untuk menjual sistem pertahanan udara S-400 “Triumfh” dan pesawat pejuang gen-5 Su-57 “Felon.”

India merupakan antara pengguna terbesar pesawat pejuang Su-30MKI, dengan sebahagian besarnya dipasang di kilang Hindustan Aeronautics Limited (HAL).

Pesawat pejuang gen-5 Su-57.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

IndiaKereta KebalRussiaSu-30MKIT-14 Armata