Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenderaan “Special Operation Vehicle” (SOV) Dari MILDEF

0 1,364

DEFENCE SECURITY ASIA) – Selain kenderaan bermobiliti tinggi “HMAV4x4”, syarikat tempatan MILDEF International Technologies (MILDEF) turut menghasilkan beberapa kenderaan lain untuk kegunaan angkatan tentera atau pasukan-pasukan keselamatan yang lain.

Antara yang menarik perhatian admin adalah “Special Operation Vehicle” (SOV) untuk kegunaan pasukan-pasukan khas.

NIMR Ajban
NIMR Ajban SOV

Dan kenderaan SOV MILDEF ini ketika syarikat masih dikenali dengan nama lamanya, Kembara Suci, sudah pun dipaparkan kepada khalayak awam ketika ia terlibat dalam pameran Defence Services Asia (DSA) pada 2018.

Kenderaan SOV MILDEF ini hadir pada pameran DSA 2018 dengan beberapa kenderaan pasukan khas yang lain termasuk daripada NIMR Ajban daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Cendana Auto dan daripada syarikat Westtar GK-MI SOV. Dikatakan selepas daripada pameran itu, kesemua atau sebahagian daripada kenderaan itu akan diuji nilai oleh tim penilai Angkatan Tentera Malaysia. (ATM)

Cendana

Laporan media pada masa itu mengatakan, NIMR Ajban tidak pulang ke UAE selepas pameran DSA 2018, sebaliknya terus terlibat dengan uji nilai oleh ATM. Dikatakan kenderaan yang bakal menempuh perjalanan sejauh 3,000km dan menempuh pelbagai ujian.

Kenderaan NIMR Ajban SOV turut digunakan oleh tentera UAE dan Turkmenistan.

Tentera Darat dikatakan mempunyai keperluan sebanyak 20 buah kenderaan SOV untuk anggota Grup Gerak Khas (GGK) yang boleh diterbangkan ke kawasan operasi dengan mudah untuk misi-misi rahsia mereka.

Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan terkini tentang pilihan Tentera Darat bagi kenderaan SOV mereka.

Ok, mengenai kenderaan SOV keluaran MILDEF ini, ia memiliki enjin yang berkemampuan menghasilkan 197 kuasa kuda dengan maksimum Torque sebanyak 470 NM (Newton Metre) dengan transmisi enam kelajuan.

Syarikat pada ketika ia dikenali dengan nama Kembara Suci dikatakan membangunkan kenderaan ini menggunakan kemampuan kewangan mereka sendiri dan ada juga laporan mengatakan ATM telah pun menguji kenderaan ini pada akhir 2017 (tidak dipastikan).

Berat muatan kasar kenderaan SOV MILDEF ini adalah 3.2 tan dan mampu mengangkut muatan 1.5 tan termasuklah mesingan 7.62mm, 12.7mm dan grenade launcher 76mm serta peralatan persendirian anggota tentera.

Muatan tangki kenderaan MILDEF SOV adalah 80 liter.

MILDEF
Kenderaan HMAV4x4 MILDEF yang dilancarkan beberapa hari lepas.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...