[VIDEO] Pelayaran Kapal Pengangkut Pesawat USS Nimitz Di Selat Melaka

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Nimitz (CVN-68) dan carrier battle group kini berada di Laut China selepas belayar di Selat Melaka semalam.

Tentera Laut Amerika Syarikat mengesahkan bahawa USS Nimitz telah pun meninggalkan Selat Melaka dan mengeluarkan beberapa keping gambar ketika kapal seberat 101,000 tan itu belayar di selat yang sempit.

(Video kredit pihak berkuasa Indonesia)

Bagaimanapun ia tetapi tidak memaklumkan kedudukan terkini kapal itu yang turut membawa sehingga 90 buah pesawat dan helicopter.

Sementara itu pihak berkuasa Indonesia telah menghantar kapalnya untuk mengiringi dan mengawasi kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat serta kapal-kapal pengiringnya, USS Princeton (CG-59) dan USS Sterett (DDG-104) ketika mereka belayar di Selat Melaka. Pihak berkuasa Indonesia turut menghasilkan video pelayaran USS Nimitz di Selat Melaka. (video di atas).

Memerhati keadaan sekeliling. (Gambar kredit Tentera Laut Amerika Syarikat)

USS Princeton adalah kapal perang cruiser kelas-Ticonderoga manakala USS Sterett pula kapal perang destroyer kelas-Arleigh Burke.

Admin tak pasti sama ada pihak kita, APMM atau TLDM turut mengiringi dan mengawasi pelayaran USS Nimitz dan kapal-kapal pengiringnya di Selat Melaka.

Memandangkan Selat Melaka ini sempit dan sibuk dengan pelbagai jenis kapal, sama ada kecil atau kecil, maka sudah soal keselamatan amat dititikberatkan oleh USS Nimitz dan kapal pengiringnya ketika melalui selat itu.

Kapal pengangkut pesawat itu sedang dalam pelayaran ke Bremerton, Washington selepas menamatkan operasi selama 240 hari di Timur Tengah.

USS Nimitz dijangka mengadakan latihan bersama-sama sebuah lagi kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan.

USS Theodore Roosevelt kini berada di Guam.

Salah sebuah kapal pengiring USS Nimitz di Selat Melaka. (kredit Tentera Laut Amerika Syarikat)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatIndonesiaMalaysiaSelat MelakaUSS Nimitz
Comments (0)
Add Comment