Markas Ke-9 Briged Infantri ATM Terima All Terrain Vehicle

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Markas Briged Ke-9 Briged Infantri (9 Bgd) hari ini telah menerima Kenderaan OP BENTENG di Lapangan Terbang Sibu hari ini.

Kenderaan yang diperolehi untuk penugasan OP BENTENG adalah All Terrain Vehicle (ATV).

Gambar adalah kredit Markas Briged Ke-9 Infantri Malaysia.

Kenderaan ATV itu bertujuan membantu meningkatkan aspek mobiliti dalam penugasan OP BENTENG di sempadan negara.

Penerimaan aset terbaru ini adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan, yang memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM) berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

Kesemua maklumat dan gambar adalah kredit Markas Briged Ke-9 Infantri Malaysia

— DEFENCE SECURITY ASIA

ATMATVMarkas Bgd Ke-9OP BENTENGSempada