Amerika “Seludup Keluar” Pantsir S-1″ Dari Libya Dalam Misi Khas

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhbar British, The Times mendakwa tentera Amerika Syarikat dalam satu misi khas telah “menyeludup keluar” peluru berpandu pertahanan udara Pantsir-S1 daripada Libya tahun lepas.

Pada ketika itu, peluru berpandu terbabit dibawah pegangan komander di bawah  Jeneral Khalifah Haftar.

Sistem Pantsir S-1 di Libya

Menurut akhbat terbabit, kemungkinan besar misi khas itu bertujuan mengelak sistem peluru berpandu itu jatuh ke mana-mana kumpulan militant atau ekstremis dan untuk membolehkan tentera Amerika Syarikat mengkaji lebih mendalam tentang sistem itu.

Menurut akhbar terbabit, misi khas itu dilaksanakan pada June 2020 apabila sebuah kapal terbang pengangkut C-17A Globamaster III terbang ke Lapangan Terbang Zuwarah, terletak di barat Tripoli untuk mengangkut sistem peluru berpandu Pantsir S-1 dan terbang semula ke pengkalan udara tentera Amerika Syarikat di Ramstein, Jerman.

Pesawat pengangkut C-17 Globemaster

Sistem Pantsir-S1 ini terdiri daripada enam peluru berpandu dan dua meriam 30mm.

Peluru berpandu terbabit boleh menembak sasaran sehingga jarak 20 batu dan di ketinggian 50,000 kaki.

Walaupun peluru berpandu terbabit itu dibawah kawalan komander Haftar, tetapi terdapat laporan bahawa ia sebenarnya dioperasikan oleh anggota kontraktor keselamatan persendirian, Wagner, yang turut didakwa mengoperasikan pesawat pejuang MiG-29 dan Su-24 sebelum ini.

Walaupun memastikan sistem Pantsir S-1 ini tidak jatuh ke tangan kumpulan-kumpulan militant adalah salah satu sebab disebalik misi khas ini tetapi keperluan untuk mengkaji lebih mendalam sistem ini berkemungkinan adalah sebab yang lebih utama.

Apa yang dapat dipelajari oleh pihak Amerika Syarikat selepas mereka memperolehi sistem Pantsir S-1 ini? diantaranya, mereka dapat tahu material yang digunakan membina sesetengah komponen seterusnya dapat memberitahu tentang kemampuan industri pertahanan Russia itu sendiri.

Selain itu, Amerika Syarikat juga dapat membangunkan sistem counter-measures untuk menangani ancaman, taktik, teknik serta SOP daripada pengetahuan yang dipelajari daripada sistem Pantsir S-1 ini .

Bagaimanapun, kita sendiri tahu bahawa sistem Pantsir S-1 ini teruk juga dikecam akibat prestasinya yang buruk di Libya dan Syria dan pihak Russia sedang membangunkan versi sistem Pantsir-SM yang lebih berkemampuan.

Selain itu, pihak Russia pun dikatakan tahu bahawa tentera Amerika Syarikat telah menyeludup keluar sistem Pantsir S-1 itu daripada Libya dan sudah semestinya telah mengambil tindakan untuk mengubah spesifikasi teknikalnya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

https://www.thedrive.com/the-war-zone/38964/the-united-states-smuggled-a-russian-made-pantsir-air-defense-system-out-of-libya-report

 

Amerika SyarikatC-17 GlobemasterPantsir S-1RamsteinRussia
Comments (0)
Add Comment