Flotilla Pengawal Pantai Singapura Untuk Tangani Ancaman Maritim

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara jiran kita, Singapura telah melancarkan pihak berkuasa pengawal pantainya sendiri dipanggil “Maritime Security and Response Flotilla” atau “Flotilla Keselamatan dan Tindak Balas Maritim.”

Buat permulaan flotilla akan dilengkapi dengan dua buah kapal peronda-kelas “Sentinel”, yang dibaikpulih daripada kapal kelas “Fearless” Tentera Laut Republik Singapura.

Grafik kredit Channel News Asia.

Mengikut perancangan, angkatan pengawal pantai Singapura ini akan dilengkapi dengan empat buah kapal peronda (bekas kapal kelas-Fearless) dan dua buah kapal tugboat, dengan kapal-kapal baru akan dibina selepas 2026.

Keempat-empat kapal peronda pantai dan dua tugboat itu akan beroperasi sebelah-menyebelah dengan kapal Littoral Mission Ship (LMS) serta bot tanpa pemandu Tentera Laut Singapura untuk mempertahankan perairan Singapura serta bertindakbalas terhadap apa-apa insiden yang berlaku di perairan republic itu. Kapal-kapal flotilla itu akan dilengkapi dengan meriam dan mesingan.

Flotilla pengawal pantai Singapura itu dilancarkan oleh Panglima Tentera Laut Singapura Naib Laksamana Aaron Beng di Pengkalan Laut RSS Singapura-Changi hari ini.

Flotilla Pengawal Pantai Singapura itu akan memperkuatkan lagi kemampuan Singapura untuk berhadapan dengan ancaman maritime yang semakin besar dan kompleks akhir-akhir ini.

Antara insiden yang bakal ditangani oleh  pengawal pantai republik itu adalah  rompakan laut dan pencerobohan terhadap perairan Singapura.

Keempat-empat kapal pengawal pantai Singapura itu, Sentinel, Guardian, Protector dan Bastion yang dibaikpulih itu akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang lain.

— DEFENCE SECURITY ASIA

InsidenmaritimPengawal PantaiPerairanSingapura