[VIDEO] Rakaman Serangan Berani Mati Di Iraq

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua pengebom berani mati meletupkan diri masing-masing dalam serangan berani mati di di sebuah pasar yang sibuk di tengah-tengah bandar Baghdad, Iraq, hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 32 orang yang sedang sibuk membeli-belah dan kejadian mengerikan itu berjaya dirakam.

Video-video kejadian serangan berani mati itu kini berlegar di media sosial, menunjukkan bagaimana pengebom meletupkan diri ketika berada di khalayak ramai. Kejadian hari ini turut menyebabkan lebih 110 orang cedera.

Ini adalah kejadian serangan berani mati besar yang pertama kali di Iraq sejak dua tahun lepas, menunjukkan kemungkinan kebangkitan semula kumpulan pengganas ISIS di negara Timur Tengah yang kaya dengan minyak itu.

“Seorang pengebom berani mati datang ke pasar, terjatuh sambil mengatakan bahawa perutnya sakit sebelum jarinya menekan peledak (detonator). Ia meletup serta-merta, membunuh orang disekeliling,” kata seorang peniaga di pasar terbabit. Kejadian serangan berani mati hampir berjaya ditumpaskan selari dengan kekalahan ISIS pada 2017.

Pada Januari 2018, serangan berani mati di pasar yang sama itu membunuh 27 orang.

— DEFENCE SECURITY ASIA

IraqISISPasarSerangan Berani Mati