Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Polis Pulau Pinang Tahan Tujuh Lelaki Berhubung Insiden di Tg Tokong

0 938

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Pulau Pinang mengesahkan ia telah menahan tujuh lelaki atas insiden mengepung dan menghalang tugas polis sejurus selepas kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki, di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Mohd Ra’ais yang dipetik sebagai berita oleh agensi berita tempatan mengesahkan penahanan ketujuh-tujuh lelaki yang berusia antara 20 hingga 40 tahun sejak 8 pagi hingga 6 petang tadi.

Rakaman dashcam insiden kemalangan jalanraya membabitkan motosikal dinaiki dua lelaki itu.

Katanya, kesemua lelaki itu akan direman esok.

Rahimi berkata ia adalah untuk polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.

Tanjung Tokong

Dalam kejadian kira-kira 5.20 petang semalam itu, kumpulan lelaki itu dikatakan melakukan provokasi dan memaki hamun tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang didakwa telah menendang motosikal dinaiki dua lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong menafikan tiga anggota URB telah menendang motosikal dinaiki dua lelaki terbabit.

Anggota URB yang melakukan rondaan telah terserempak dengan motosikal dinaiki dua lelaki tanpa memakai topi kaledar dan mengarahkan mereka untuk berhenti bagi membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun, penunggang motosikal berkenaan terus memecut laju sebelum berlanggar dengan sebuah kenderaan lain di persimpangan tersebut.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...