Rumah Api Pulau Pisang. Sampai Bila?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada pertengahan tahun 2000-an (tak ingat tahun apa), admin pernah ke Pulau Pisang yang terletak tidak jauh daripada pekan Pontian, iaitu kira-kira 12km jauhnya manakala jaraknya daripada Benut pula adalah sekitar 5km.

Kunjungan admin ke Pulau Pisang itu itu berlaku ketika isu kedaulatan pulau itu sedang hangat diperkatakan oleh semua orang, berikutan “kekalahan” kita dalam mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh.

Pada masa itu, semua orang takut kita bakal kehilangan Pulau Pisang sebagaimana kita hilang Pulau Batu Puteh kepada Singapura kerana republik itu turut melaksanakan “effective control” terhadap Banana Island menerusi pentadbirannya terhadap rumah apinya.

Kini sudah tahun 2021 dan sudah berbelas tahun sejak admin melakukan kunjungan ke pulau itu. Apa sudah jadi dengan Pulau Pisang? Adakah kita telah mengambilalih pentadbiran rumah api dan secara tidak langsung “exert our effective control” terhadap pulau itu. Last admin check, rumah api Pulau Pisang itu masih dibawah pentadbiran Singapura.

Rumah api Pulau Pisang yang ditadbir oleh pihak Singapura.

Mengapa begitu sukar untuk mentadbir rumah api sehinggakan sudah 120 tahun ia dioperasikan oleh orang asing? Teruk sangatkah kita, sampai tak pandai nak operate Rumah Api dan terpaksa diberikan kepada orang asing.

Kementerian Pengangkutan kena jawab kenapa kita tidak take over kawalan terhadap rumah api Pulau Pisang, apa batu penghalangnya?.

Ya, admin tahu ia mungkin berkait-rapat dengan perjanjian pada tahun 1900 di antara Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ibrahim dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat James Alexander Sweethenham, tetapi tiada legal avenue-kah untuk kita memecah kebuntuan.

Mungkin ia berkenaan dengan perjanjian “in-perpetuity””dengan tarikh luput perjanjian itu adalah selagi ada bulan dan bintang.

Jeti awam Pulau Pisang.

Pada Julai tahun lepas, Timbalan Menteri Luar ketika itu, Marzuki Yahya berkata Singapura masih mengawal rumah api di Pulau Pisang yang berada dalam perairan Malaysia susulan perjanjian dengan Sultan Johor terdahulu.

Beliau berkata, kawalan Singapura terhadap rumah api itu tidak mencabul kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang.

“Pihak kerajaan juga akan sentiasa beri perhatian. Walaupun tentera marin Singapura mengawal di situ, tapi tidak ada sebarang perkara yang dilaporkan di mana boleh menjejaskan kedaulatan negara kita,” katanya sebagaimana dipetik oleh portal berita Free Malaysia Today.

Cuma admin harap pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berbuat sesuatu di Pulau Pisang untuk exert our effective control terhadap pulau itu, bagi menunjukkan sejelas-jelas bahawa kita mempunyai kuasa pentadbiran terhadap pulau itu.

Rumah Api Horburgh di Pulau Batu Puteh milik Singapura.

Bagaimana nak tunjukkan effective and sovereign control terhadap Pulau Pisang? Satu daripadanya adalah dengan ambilalih pentadbiran rumah api dan satu lagi adalah dengan membangunkan Pulau Pisang itu.

Buatlah apa-apa yang patut di Pulau Pisang itu, resort ke, hotel ke  atau lagi bagis sebuah pengkalan tentera laut (memandangkan Pulau Pisang itu terletak di tengah-tengah Selat Melaka).

Apa yang penting adalah, bangunkan Pulau Pisang itu sedaya yang mungkin, jangan biarkan ia sunyi tanpa sebarang pembangunan kerana ada pihak yang memerhati kita dengan penuh cemburu.

Jangan biarkan pihak asing exert administrative control terhadap Pulau Pisang, takut-takut isu Pulau Batu Puteh itu berulang kembali.

Kita menang Sipadan dan Ligitan pun kena kita ada effective administrative control terhadapnya, manakala kita kalah Pulau Batu Puteh kerana kita tiada effective control terhadapnya walaupun pulau itu daripada segi geografi lebih dekat dengan kita.

So, Mahkamah ICJ di The Hague memang menitik-beratkan perkara effective administrative control sekiranya berlaku pertikaian terhadap pemilikan sesuatu kawasan itu.

Carilah jalan bagaimana untuk kita mengambilalih pengurusan dan pentadbiran rumah api Pulau Pisang itu.

Jangan biarkan “Pisang Berbuah Dua Kali”. (pisang jugak)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Banana IslandBenutPontianPulau Batu PutehPulau Pisang