Lagi Pencerobohan dan Provokasi Kapal China di Beting Patinggi Ali

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya pencerobohan dan tindakan provokasi oleh kapal-kapal pengawal pantai China terhadap operasi mencari minyak dan gas negara di kawasan perairan milik negara di Laut China Selatan terus berlaku seolah-olah tiada penghujungnya.

Kali ini drama “maneuvering” antara kapal TLDM dan kapal pengawal pantai China (CCG) berlaku hampir dengan pesisir pantai Sarawak.

Menurut badan pengkaji, Asia Maritime Transparency Institute (AMTI), kejadian berlaku mulai 19 November lepas apabila kapal CCG 5402 menganggu operasi pelantar minyak dan gas negara serta kapal bekalan hanya 44 batu nautika daripada pantai negeri Sarawak.

Berikutan daripada kejadian gangguan dan provokasi daripada kapal CCG 5402 itu, TLDM telah mengerahkan sebuah kapalnya, dipercayai KD Bunga Mas 5 yang terus mengekori (shadow) kapal pengawal pantai China itu.

Imej kredit AMTI

Menurut AMTI, sememang telah wujud ketegangan antara kapal TLDM dan kapal CCG di kawasan perairan itu sejak dua minggu lepas.

Badan pengkaji maritime itu turut menyertakan data-data AIS yang diambil daripada aplikasi Marine Traffic dan imej satelit daripada Planet Labs untuk menunjukkan “drama” yang sedang berlaku antara TLDM dan kapal China itu.

AMTI mengatakan kapal China itu belayar daripada Hainan pada 30 Oktober lepas dan singgah di pulau-pulau buatan China di Spratly iaitu Subi Reef dan Fiery Cross Reef, sebelum meneruskan perjalanan ke Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) pada 2 November.

KD Bunga Mas 5 (foto internet)

Pada 10 November, kapal China itu meronda di blok minyak dan gas yang terletak di barat Beting Patinggi Ali, melintasi Sapura Constructor, sebuah offshore construction ship yang beroperasi di perairan terbabit.

Kapal Bunga Mas 5 yang meninggalkan Sabah sehari sebelum itu telah tiba di Beting Patinggi Ali dan telah “shadow” kapal CCG 5402 itu selama beberapa hari, sebagaimana laporan oleh AMTI itu.

Menurut imej satelit yang dicerap pada 13 November menunjukkan jarak kedua-dua kapal itu hanya tiga batu nautika.

Imej kredit AMTI.
Sapura Constructor. (foto internet)

Pada 12 November, kapal pengawal pantai China itu bergerak 40 batu nautika ke barat Beting Patinggi Ali untuk memeriksa “jackup rig” bernama Borr Drilling’s Gunnlod yang telah ditarik ke kedudukannya beberapa hari sebelum itu dan sedang dibantu oleh dua buah kapal bekalan iaitu, Lewek Plover serta JM Abadi.

Borr Drilling’s Gunnlod sedang beroperasi di Blok SK410B.

Pada 2016, Petronas telah menganugerahkan hak PSC (Production Sharing Contracts) di Blok SK410B kepada syarikat PTTEP HK Offshore Limited (PTTEP), KUFPEC Malaysia (SK-410B) Limited (KUFPEC), and PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

Kapal pengawal pantai China itu kembali mengawasi “jackup rig” itu pada 19 November dan menghampirinya, di dalam suatu yang tindakan yang dianggap sebagai suatu provokasi supaya Gunnlod itu menghentikan operasinya.

Kapal CCG 5402 itu hanya berada 2 batu nautika daripada Gunnlod.

Jackup drill “Borr Gunnlod” yang beroperasi di Blok SK410B. (foto internet)

Menurut AMTI, dengan kapal pengawal pantai China itu hanya berada 40 batu nautika daripada pantai Sarawak, “ini adalah tindakan provokasi China yang paling hampir dengan pantai Malaysia mereka (AMTI) pernah rekodkan.”

Kapal Bunga Mas 5 berada di Beting Patinggi Ali selama beberapa hari sebelum ketibaan kapal LMS terbaru negara, KD Keris daripada Sabah untuk berada di sisi Gunnlod.

KD Keris menurut AMTI, berada di sisi Gunnlod selama sehari sebelum mengekori (shadow) kapal CCG 5402 ke Beting Patinggi Ali.

Ketika di Beting Patinggi Ali ini, berlaku cubaan antara kedua-dua kapal untuk “outmaneuvered” masing-masing selama beberapa hari.

Imej kredit AMTI.

Apabila kapal CCG 5402 itu belayar ke barat Patinggi Ali pada 24 Nov, KD Keris juga mengekori kapal China itu.

Sehingga semalam (25 November), jackup rig Gunnlod itu masih berada di Blok SK410B.

AMTI merumuskan bahawa China boleh meluaskan tindakan provokasi itu dengan mengerahkan lebih banyak kapalnya ke kawasan perairan itu, sebagaimana yang telah pun berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, Beijing juga boleh mengendurkan keadaan, kemungkinan kerana menyedari tindakannya menganggu operasi jackup rig di kawasan perairan yang terlalu hampir dengan pantai Malaysia adalah suatu tindakan “provokasi melampau.”

Beting Patinggi Ali. (foto internet)

Ok admin berharap ada media tempatan mencari Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan PAT, PTL dan lain-lain untuk bertanyakan tentang insiden ini.

Bukankah, Menteri Luar China Wang Yi baru sahaja melawat negara ini kira-kira sebulan yang lepas dan semua gebang bagaimana hubungan antara kedua-dua negara ini berada di dalam keadaan yang amat baik.

Admin nak cakap satu je, “POOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOORAH CHIT”.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya daripada China, Wang Yi baru-baru ini. (foto internet)

Enam buah bot nelayan China yang ditahan di perairan Johor dua bulan lepas itu pun apa kesudahannya, senyap je tanpa bunyi……….

— DEFENCE SECURITY ASIA 

Beting Patinggi AliKapal ChinaKD Bunga Mas 5KD KerisTLDM
Comments (0)
Add Comment