Browsing yearly archive

2022

TUDM Terima Dua Daripada Empat Helikopter Sewa AW139

(DEFENCE SECURITY) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima dua daripada empat helikopter Leonardo AW139 yang disewa oleh kerajaan daripada sebuah syarikat swasta bagi menggantikan buat sementara waktu helikopter Sikorsky S-61 “Nuri”yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh TUDM.

Jepun Naik Taraf Pesawat F-15J Kepada “Super Interceptors”

Jepun telah menganugerah syarikat Boeing dengan kontrak bernilai US$470 juta (RM1.9 bilion) untuk menaiktaraf pesawat pejuang F-15J miliknya kepada varian “Super Interceptors” supaya ia setanding dengan pesawat F-35 Lightning II miliknya serta pesawat-pesawat pejuang China dan Russia yang sering “mencabar” kedaulatan ruang udaranya.

Persaingan Kini Antara FA-50 Block 20 Dan M-346FA?

Tender antarabangsa Kementerian Pertahanan untuk memperolehi 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) telah pun ditutup secara rasminya pada 6 Oktober tahun lepas dan sejak daripada tarikh itu bermulalah tugas berat pasukan penilai untuk menentukan pemenangnya.

UAE Gantung Pembelian F-35, Russia Pula Tawar Su-75 “Checkmate”

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada Disember lepas, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memutuskan untuk menggantung perjanjian ditandatangani dengan Amerika Syarikat ketika negara kuasa besar dunia itu ditadbir oleh Donald Trump untuk memperolehi 50 buah pesawat generasi kelima F-35 dan pelbagai jenis senjata lain bernilai US$23.3 bilion (RM93.2 bilion).