Korea Selatan Mula Tinjau Pasaran Eksport Untuk KF-21 “Boramae”

Dengan harga per-unit pada US$65 juta (RM260 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 1) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan dilapor membelanjakan kira-kira US$8 bilion (RM32 bilion) untuk membangunkan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” yang bakal melakukan penerbangan sulungnya pada tahun ini.

20 daripada peratus pembangunan itu itu disumbang oleh Indonesia yang menyertai program pembangunan pesawat pejuang itu. (admin berpendapat suatu langkah yang baik oleh Jakarta). Kenapa kita tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Indonesia?

Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) bertanggungjawab membangunkan pesawat generasi 4.5 itu, yang dikatakan pemerhati adalah “F-35 versi Asia” kerana rekabentuknya yang hampir menyerupai pesawat generasi kelima keluaran syarikat Lockheed Martin itu.

Perancangannya adalah untuk KAI membina empat buah pesawat prototaip satu tempat duduk dan dua pesawat protaip dua tempat duduk KF-21 untuk melakukan ujian penerbangan bermula pada tahun ini.

Sekiranya kesemua ujian penerbangan itu berjalan dengan lancar, maka kontrak pengeluaran pesawat KF-21 itu akan ditandatangani pada tahun 2024 dengan penghantaran kepada Tentera Udara Korea Selatan bermula pada tahun 2026.

KAI merancang untuk membekalkan 40 buah KF-21 Block 1 yang direkabentuk untuk misi udara-ke-udara pada tahun 2028, diikuti oleh 80 buah pesawat Block 2 itu untuk misi udara-ke-darat pada tahun 2032.    

KAI yang turut membangunkan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Fighter Aircraft (FLIT/LCA) T-50/FA-50 sebagaimana yang ditawarkan kepada Malaysia, juga dilaporkan berhasrat untuk mula mengeksport pesawat pejuang KF-21 “Boramae” kepada pelanggan-pelanggan yang berminat pada tahun 2028.

Tahun 2028 adalah tahun yang sama dimana KAI mula membekalkan pesawat KF-21 Block 1 untuk misi udara-ke-udara kepada Tentera Udara Korea Selatan.

Bercakap tentang pasaran eksport bagi pesawat KF-21, selain Indonesia yang merupakan rakan kongsi pembangunan pesawat itu, syarikat KAI turut mensasarkan beberapa negara lain terutamanya yang telah pun menggunakan pesawat FLIT/LCA T-50/FA-50.

Antara negara-negara yang disasarkan oleh KAI termasuklah negara jiran kira iaitu Filipina dan Thailand serta Iraq yang merupakan negara pengguna T-50 dan FA-50.

Selain itu,syarikat itu juga bercadang memasarkan pesawat KF-21 itu kepada negara-negara seperti Peru, Qatar, Senegal dan Malaysia.

Dengan harga per-unit pada US$65 juta (RM260 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 1) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon.

Dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris, Asian Defence Journal keluaran … tahun lepas, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata walaupun perancang-perancang program CAP55 sentiasa memantau evolusi sistem pertahanan di pasaran, tetapi adalah terlalu awal untuk memastikan kesesuaian pesawat KF-21 itu terhadap keperluan TUDM.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

“Sebagaimana disebut sebelum ini, pesawat-pesawat pejuang MRCA TUDM ketika ini iaitu F/A-18C/D dan Su-30MKM akan terus beroperasi sehingga tahun 2035 dan 2040 selepas pelbagai usaha kejuruteraan untuk memastikan keberkesanannya dan kerelevanannya kepada tentera udara,” kata beliau dalam temuramah itu.

Jika Malaysia berminat untuk mendapatkan pesawat KF-21 itu, ia boleh mempertimbangkan varian Block 3 pesawat itu yang dikatakan diubahsuai untuk menjadi pesawat generasi kelima dan halimunan.

Antara ubahsuai besar yang bakal dilaksanakan pada pesawat KF-21 Block 3 adalah menyediakan tempat penyimpanan untuk bom-bom dan peluru berpandu yang dibawanya atau “internal weapon bays” bagi mengurangkan lagi radar-cross section pesawat itu. — DSA

 

EksportfeaturedKAIKF-21Korea
Comments (0)
Add Comment