Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Kerah Dua Pengebom B-1B Lancer Ke Utara Sweden, Hanya 150km Dari Sempadan Russia

Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dilaporkan telah mengerah dua buah pesawat pengebom strategic B-1B Lancer ke sebuah pangkalan udara di utara Sweden, yang terletak hanya 150km daripada sempadan Russia.

0 7,116

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dilaporkan telah mengerah dua buah pesawat pengebom strategic B-1B Lancer ke sebuah pangkalan udara di utara Sweden, yang terletak hanya 150km daripada sempadan Russia.

Kedua-dua buah pesawat pengebom jarak jauh itu mendarat di pangkalan udara Luleå-Kallax yang merupakan pangkalan utama bagi Norbotten Wing, Tentera Udara Sweden yang antara lain mengoperasikan pesawat pejuang JAS39 Gripen.

Pangkalan udara Luleå-Kallax itu telah terpilih sebagai antara pangkalan udara yang dipersetujui dalam kerjasama pertahanan di antara Sweden dan Amerika Syarikat yang bakal berkuatkuasa pada akhir tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan Sweden.

Bimbang dengan peperangan yang berlaku di Ukraine, Sweden telah mengenepikan dasar berkecualinya dan memohon untuk menjadi anggota NATO, dengan proses keanggotaan pakatan ketenteraan itu dijangka selesai tidak lama lagi.

Selaras dengan kedudukannya yang bakal menjadi anggota NATO tidak lama lagi, Amerika Syarikat telah mula menempatkan pesawat-pesawat kombatnya di negara Scandinavia itu untuk memantau pergerakan tentera Russia.

B-1B
(kredit internet)

 

Kedua-dua pesawat pengebom B-1B Lancer yang kini berada di utara Sweden adalah daripada 28th Bomb Wing di Pangkalan Udara Elleworth di South Dakota.

Tiga minggu lepas, pesawat-pesawat pengebom daripada Pangkalan Udara Ellsworth telah dikerah untuk melakukan serangan udara di Iraq dan Syria terhadap kedudukan kumpulan-kumpulan pro-Iran.

Dan kini pesawat pengebom daripada pangkalan udara yang sama berada di “High North” Sweden, tidak jauh daripada sempadan Russia.

 “Semasa kerahan (di pangkalan udara di utara Sweden) itu pesawat-pesawat pengebom dan krew akan di-integrasikan dengan Angkatan Tentera Sweden, negara-negara sekutu NATO dan rakan-rakan antarabangsa untuk menggabung segala kekuatan dan komitmen keselamatan di bawah kawasan tanggungjawab Pemerintahan Amerika Syarikat-Eropah,” menurut kenyataan oleh tentera Amerika Syarikat.

B-1B

 

Sementara itu Panglima Tentera Udara Sweden Mej Jeneral Jonas Wikman berkata dalam keadaan tidak menentu pada ketika ini, kehadiran pesawat-pesawat pengebom Amerika Syarikat itu adalah amat penting.

“Dalam keadaan tidak menentu dengan keanggotaan NATO itu tidak lama lagi, adalah amat penting untuk mempunyai rakan yang komited. Tentera Udara Sweden telah kerap melaksanakan latihan dengan Bomber Task Force, Tentera Udara Amerika Syarikat.”

 Menurut Komander 28th Bomb Wing Kolonel Derek Oakley, kehadiran pesawat-pesawat pengebom  daripada pangkalan udara Ellsworth menunjukkan komitmen Amerika Syarikat terhadap rakan-rakan dan anggota NATO. 

Pesawat pengebom strategic B-1B Amerika Syarikat itu berkemampuan membawa sehingga 24 buah peluru berpandu kruis atau 34 tan pelbagai jenis bom dan persenjataan lain dalam satu-satu misi pengeboman dilaksanakannya.

Berkelajuan Mach 1.2, pesawat pengebom itu boleh terbang ke mana-mana saya di pelusuk dunia ini tetapi perlu menerima bantuan daripada pesawat-pesawat pengisi minyak di udara seperti A330 MRTT yang dimiliki oleh Singapura itu.

B-1B

Pesawat pengebom ini dilengkapi dengan empat enjin turbofan General Electric F101-GE-102 turbofan dengan afterburner yang memberika lebih daripada 30,000 pound kuasa tujahan (thrust) bagi setiap enjin.

Setiap pesawat pengebom strategik B-1B itu dikendalikan oleh empat krew terdiri daripada dua juruterbang dan dua Wizzo (Weapons System Officer).

Pada ketika ini, Tentera Udara Amerika Syarikat memiliki 45 buah pesawat pengebom strategik B-1B yang masih aktif berkhidmat termasuk sebuah pesawat pengebom itu yang terpaksa melakukan pendaratan cemas di Pangkalan Udara Ellsworth di South Dakota, Amerika Syarikat. — DSA

(LAGI ARTIKEL TENTANG PESAWAT PENGEBOM B-1B LANCER)

Notis

Comments
Loading...