Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pentagon “Gelabah” Industri Pertahanannya Kekurangan Cip Semikonduktor

 Tanpa cip-cip semikonduktor yang saiznya adalah amat kecil (hanya dalam milimeter sahaja) tetapi berfungsi seperti "otak", sistem-sistem persenjataan moden yang menjadikan negara Amerika Syarikat berpengaruh di persada politik dunia, tidak akan dapat berfungsi sebagaimana ia direka.

0 1,234

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat atau “Pentagon” berada di dalam keadaan “gelabah” pada ketika ini dan ia tiada kena-mengena dengan apa-apa serangan pengganas terhadapnya atau pelayaran kapal-kapal perang China di Laut China Selatan atau konflik membabitkan Russia dengan Ukraine yang memasuki bulan ketiga.

Apa yang membuatkan Pentagon  berada di dalam “gelabah” pada ketika ini berkait-rapat dengan masalah kekurangan cip semikonduktor yang digunakan oleh sistem persenjataan moden yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat pertahanan Amerika Syarikat daripada pesawat pengebom B-2 “Spirit” , peluru berpandu kepada kapal-kapal destroyer “Arleigh Burke.”

 Tanpa cip-cip semikonduktor ini yang “saiznya amat kecil” (dalam milimeter sahaja) tetapi bertindak seperti “otak”, sistem-sistem persenjataan moden yang menjadikan negara Amerika Syarikat berpengaruh di persada politik dunia, tidak akan dapat berfungsi sebagaimana ia direka.

semikonduktor
Pesawat pengebom B-2 “Spirit”

 

Sebab itulah, Amerika sedang berusaha sedaya-upaya untuk memastikan bekalan cip-cip semikonduktor yang amat penting kepada industri pertahanannya dapat dihasilkan tanpa sebarang masalah.

Kesan daripada pandemik COVID-19,  banyak kilang-kilang membuat cip semikonduktor ditutup, sekaligus menyebabkan seluruh dunia kini sedang berhadapan dengan masalah kekurangan cip-cip semikonduktor yang penting untuk pelbagai industri termasuklah industri pertahanan.

Dan bukan sahaja Amerika Syarikat berhadapan dengan kekurangan cip semikonduktor ini tetapi  tetapi juga di China.

Aegis Ashore
Kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson diiringi kapal pemusnah kelas-Arleigh Burke, USS Bunker ketika memasuki Teluk Manila.

 

Menurut laporan agensi berita Bloomberg, kebimbangan Pentagon itu bertitik tolak apabila syarikat semikonduktor bernama “Global Foundries Inc” memutuskan untuk menjual kilangnya di Fishkill, New York yang menghasilkan cip-cip semikonduktor untuk tujuan ketenteraan.

Dan pemilik baru kilang cip semikonduktor di Fishkill, New York itu tidak lagi mahu menghasilkan cip-cip semikonduktor untuk kegunaan tentera, sebaliknya, mereka mahu menumpukan pembuatan cip semikonduktor untuk kegunaan produk komersial lain seperti telefon pintar, kenderaan elektrik dan lain-lain lagi yang lebih menguntungkan.

Kilang cip semikonduktor milik Global Foundries di Fiskill, New York itu akan ditutup dalam waktu terdekat ini dan ia amat membimbangkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat atau Pentagon.

Sebagai langkah kecemasan, kerajaan Amerika Syarikat telah meluluskan peruntukan segera sebanyak US$885 juta (RM3.5 bilion) untuk membeli cip-cip semikonduktor yang dihasilkan oleh kilang Global Foundries Inc di New York sebelum ia dijual kepada pihak lain.

semikonduktor
Saiz cip semikonduktor

 

Selain peruntukan segera sebanyak US$885 juta itu, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat juga telah diberikan peruntukkan sebanyak US$2 bilion (RM8 bilion) untuk membuat tempahan cip-cip semikonduktor daripada sumber lain bagi memastikan ia tidak terputus bekalan.

 Untuk menghasilkan cip-cip ini adalah suatu kerja yang rumit dan ia mengambil masa selama tiga bulan hanya untuk menghasilkan satu cip semikonduktor bersaiz milimeter itu.

Manakala untuk membangunkan kilang membuat cip semikonduktor pula memerlukan pelaburan yang amat besar mencecah berbilion ringgit.

Menurut Tentera Udara Amerika Syarikat yang mengawalselia pembelian cip-cip semikonduktor ini, alat-alat kecil itu adalah komponen kritikal yang digunakan oleh pelbagai sistem persenjataan daripada pesawat pengebom B-2, Joint Tactical Light Vehicle (JTLV) yang digunakan oleh Tentera Darat dan Kor Marin, kapal destroyer “Arleigh Burke” dan Small Diameter Bomb (SDM).

Cip

Sebab itulah, walaupun cip-cip semikonduktor ini saiznya amat kecil tetapi ketiadaannya boleh melumpuhkan keseluruhan tentera Amerika Syarikat.

Sebab itu kita dapat lihat bagaimana Pentagon begitu “gelabah” apabila ia berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan cip-cip semikonduktor ini.

Sebenarnya, salah satu fakta yang tidak ketahui ramai di kalangan rakyat Malaysia adalah negara kita ini adalah diantara negara pembuat cip semikonduktor terbesar dunia, yang berada di kedudukan 10 teratas di dunia.

 Kira-kira tujuh peratus daripada bekalan cip-cip semikonduktor untuk dunia dihasilkan oleh kilang-kilang di Malaysia. (negara kita adalah global semiconductor supply chain yang amat penting dan banyak negara bergantung kepada kilang-kilang di Malaysia).

Super Hornet
Pesawat F/A-18E/F “Super Hornet”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kebanyakkan kilang-kilang membuat cip semikonduktor Malaysia ini dimiliki oleh syarikat-syarikat asing.

Tetapi Global Foundries Inc yang menghasilkan cip-cip semikonduktor untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat tidak mempunyai kilang di Malaysia, sebaliknya kilang terdekatnya berada di Singapura.

Walaupun begitu, kilang-kilang semikonduktor di Malaysia ini adalah amat penting bagi rantaian bekalan pelbagai barangan komersial yang menjadi keperluan kepada kehidupan kita di zaman moden ini– DSA

  

 

 

Comments
Loading...