Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Helikopter Airbus H160 Terima Pengiktirafan CAAM, Masuki Pasaran Malaysia

Helikopter generasi enjin berkembar Airbus terkini H160 telah dianugerahkan pengiktirafan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), lantas membuka laluan bagi kemasukan helikopter itu ke pasaran Malaysia.

0 2,877

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Helikopter generasi enjin berkembar Airbus terkini H160 telah dianugerahkan pengiktirafan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), lantas membuka laluan bagi kemasukan helikopter itu ke pasaran Malaysia.

 Pengiktirafan ini diterima sejurus selepas pengeluar helikopter itu menerima pensijilan daripada Transport Canada Civil Aviation bagi model tersebut.

H160 juga telah diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency, US Federal Aviation Administration dan Japan Civil Aviation Bureau.

 “Pengiktirafan yang tepat pada masanya ini membuktikan akan keyakinan yang dipamerkan oleh negara ini terhadap penawaran terbaru kami yang akan menguasai ruang angkasa Malaysia dalam beberapa bulan yang akan datang.

“Pencapaian ini mempamerkan sepenuhnya akan jalinan usahasama yang kukuh diantara Airbus dan CAAM, dalam memastikan akan pelaksanaan penilaian menyeluruh yang mematuhi piawaian keselamatan tertinggi. Kami teruja untuk menyaksikan H160 menyokong misi kritikal di dalam negara ini tidak lama lagi,” ujar Axel de Pascal, Pengarah Urusan, Airbus Helicopters Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.H160

 H160 merupakan helikopter berinovasi kelas-sederhana yang telah menetapkan standard baru dari segi aspek keselamatan, keselesaan dan prestasi alam sekitar.

Ia menampilkan teknologi yang paling canggih, merangkumi bilah rotor Blue Edge yang mengurangkan kehingaran, bilah ekor rotor berlengan Fenestron yang memberikan penguasaan beban yang lebih baik, dan suite avionik Helionox untuk mengurangkan beban kerja juruterbang.

 H160 telah dilengkapkan secara unik untuk memenuhi keperluan juruterbang dan juruteknik merentasi semua segmen misi.

 Ia memberikan nilai tambah kepada pelanggan melalui penyampaian prestasi dan keupayaan yang dipertingkatkan, daya saing ekonomik, inovasi, keselamatan dan keselesaan.

H160

 Melalui pengurangan pengunaan bahan api sebanyak 15 peratus dan pengurangan penghamburan bunyi sebanyak 50 peratus, helikopter H160 membolehkan pelanggan untuk mengorak langkah yang lebih besar ke arah mengurangkan jejak alam sekitar mereka.

 H160 kini mempunyai pelanggan untuk semua segmen misi dan telah direka bentuk untuk menangani tenaga, penerbangan peribadi dan perniagaan, perkhidmatan perubatan kecemasan, misi mencari dan menyelamat, penguatkuasaan undang-undang, dan ketenteraan.

Di peringkat global, armada H160 telah merekodkan sejumlah lebih daripada 2,800 jam penerbangan. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...