Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Tentera Amerika Didakwa Beri Pek Makanan Berisi Daging Babi Pada Penduduk Afghanistan

Agama Islam melarang penganutnya memakan daging haiwan itu.

0 1,383

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Amerika Syarikat yang berkawal di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul didakwa memberikan pek-pek makanan mengandungi daging babi kepada penduduk Afghanistan yang rata-ratanya adalah beragama Islam.

Agama Islam melarang penganutnya memakan daging haiwan itu.

Ribuan penduduk Afghanistan berkumpul di luar lapangan terbang Kabul dengan harapan mereka dibenarkan meninggalkan negara itu yang kini diperintah oleh militan Taliban.

Ia diburukkan lagi apabila kebanyakkan mereka yang berkumpul di luar lapangan terbang itu tidak memahami Bahasa Inggeris.

Menurut portal berita Turki, “Daily Sabah,” seorang wanita Afghanistan yang sedang menunggu di luar Lapangan Terbang Kabul itu bersama anak perempuan dan suaminya sempat mengambil gambar pek makanan yang diedarkan oleh tentera Amerika Syarikat dan memuatnaiknya di media sosial, Instagram.

“Memberi kami makan babi, yang tidak dibenarkan di dalam agama kami dan 95 peratus orang di sini tidak tahu membaca atau bercakap di dalam Bahasa Inggeris,” kata wanita sambil menunjukkan pek makanan yang tertulis, “pork sausage patty, maple flavored.”

“Mereka (tentera Amerika Syarikat) tidak memberikan kepada kami, tetapi membalingnya ke arah kami dari jarak jauh,”katanya.

Tentera Amerika Syarikat mungkin memberikan alasan bahawa anggota tentera mereka tidak sengaja dalam memberikan makanan berisi daging babi kepada penduduk Afghanistan yang rata-rata beragama Islam atau kurang kefahaman tentang agama Islam.

Lapangan Kabul

Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa Amerika Syarikat “menjajah” Afghanistan selama 20 tahun.

Wanita itu dalam coretannya di dalam media sosial, Instagram itu berkata, mereka sekeluarga tidur berlapikkan batu-batu dan sampah didalam cuaca yang sejuk selama empat hari, sementara tentera Amerika Syarikat mengacu senjata mereka ke arah kami.

“Kami tidak mempunyai senjata, kami hanya mahu keluar daripada sini,” kata wanita itu

Kabul

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...