Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Poland Beli 250 Buah Kereta Kebal M1A2 SEPV3 Ganti PT-91 Twardy

Sebagaimana yang kita tahu, kereta kebal yang digunakan oleh Tentera Darat kita juga adalah PT-91M Pendekar buatan Poland dengan pengubahsuaian daripada penggunaan segi fire control system dan pelbagai aspek lain.

0 2,220

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Poland akan menggantikan kereta kebal PT-91 Twardy mereka dengan kira-kira 250 buah kereta kebal M1A2 Abrams SEPV3 buatan Amerika Syarikat dalam pembelian yang dijangkakan menelan belanja US$5.9 bilion (RM24.7 bilion)

Sebagaimana yang kita tahu, kereta kebal yang digunakan oleh Tentera Darat kita juga adalah PT-91M Pendekar buatan Poland dengan pengubahsuaian daripada penggunaan segi fire control system dan pelbagai aspek lain.

Poland dipercayai memilih versi terbaru kereta kebal MIA2 kerana mahu menandingi kereta kebal terbaru Russia, T-14 Armata.

Negara Eropah itu dijangka meletakkan kereta kebal terbarunya itu di bahagian timur negara itu yang bersempadan dengan Russia (Oblast Kaliningrad).

Kereta kebal M1A2 SEPv3 adalah versi terbaru kereta kebal M1 dimana ia memiliki mesingan 12.7mm yang dioperasikan secara remote dan peningkatan keselamatan daripada bom-bom buatan sendiri yang diletakkan tepi jalan.

 

Versi terbaru kereta kebal M1 yang akan dimiliki oleh tentera Poland itu memiliki berat 73.6 an, empat orang krew dan boleh bergerak 42 batu sejam di atas jalan bertar dan 30 batu sejam di jalan tidak bertar.

Poland dijangka akan mula menerima kereta kebal M1A2 SEPV3 mulai tahun depan.

Selain mengoperasikan kereta kebal PT-91 yang berdasarkan kepada rekabentuk kereta kebal Soviet Union T-72,  tentera Poland juga menggunakan 250 buah kereta kebal Leopard 2 A4 dan A5 buatan Jerman.

Twardy
Kereta Kebal PT-91 Twardy Poland

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...