Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Type 218SG “RSS Invincible” Sedang Dipersiap Untuk Dihantar Pulang ke Singapura

RSS Invincible merupakan kapal pertama (leadship) daripada empat buah kapal selam kelas-Invicible yang dipesan oleh Tentera Laut Singapura daripada syarikat pembuat kapal, TKMS (Thyssen Krupp Marine System) daripada Jerman.

0 3,746

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal selam Type 218SG diesel elektrik kelas-Invincible milik Tentera Laut Singapura “RSS Invincible” sedang dipersiap-sediakan untuk dihantar pulang ke republik itu tidak lama lagi.

RSS Invincible merupakan kapal pertama (leadship) daripada empat buah kapal selam kelas-Invicible yang dipesan oleh Tentera Laut Singapura daripada syarikat pembuat kapal, TKMS (Thyssen Krupp Marine System) daripada Jerman.

Menurut gambar-gambar media sosial oleh pemerhati, pada ketika ini kapal selam Type 218SG RSS Invincible itu masih lagi berada di limbungan kapal milik TKMS di Kiel, Jerman dan sedang bersiap sedia untuk diangkut menaiki kapal heavy roll-dock carrier “MV Rolldock Star”.

Kapal “MV Rolldock Star” akan membawa kapal selam Singapura itu ke republik berkenaan tidak lama lagi.

Kapal selam RSS Invincible itu bakal menjadi kapal selam Type 218SG kelas-Invincible yang dihantar pulang ke Singapura selepas RSS Impeccable yang dibawa pulang ke republik itu pada Julai tahun lepas.

 Singapura dan TKMS menandatangani dua kontrak berasingan pada 2013 dan 2017 untuk perolehan empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible yang diberikan nama “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable.”

Singapura
@DarthFreder

 

Keempat-empat kapal selam “custom-made” Type 218SG kelas-Invicible itu dibina dengan mengambilkira keperluan spesifik  Singapura.

Kapal selam pertama kelas-Invincible iaitu RSS Invincible telah dilancarkan pada 2019 tetapi kekal berada di Jerman untuk tujuan latihan krew-krew kapal selam republik itu.

Pada Julai tahun lepas, Tentera Laut Singapura telah menerima satu daripada empat buah kapal selam Type 218SG milik iaitu RSS Impeccable yang turut dibawa menaiki kapal heavy load carrier “MV Rolldock Storm” daripada Kiel, Jerman.

 Ketibaanya kapal Rolldock Storm membawa kapal selam Type 218SG itu di perairan republik itu Julai 2024 itu disambut oleh kapal peronda Tentera Laut Republik Singapura, RSS Unity serta sepasang pesawat pejuang F-16C milik tentera udaranya yang juga bertindak sebagai “pengiringnya.”

RSS Impeccable itu merupakan kapal selam kelas-Invicible yang pertama “kembali” ke republik itu daripada empat yang dipesan oleh Singapura daripada syarikat Jerman TKMS.

Antara ciri-ciri utama kapal selam terbaru  Singapura itu adalah ia dilengkapi dengan kipas (rudder) berbentuk X bagi pergerakan yang lebih lincah di bawah permukaan air.

Singapura
@DarthFreder

 

Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invincible milik Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  

 Rekabentuk kapal selam terbaru  Singapura  yang direkabentuk khusus untuk republik  itu dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).

Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Dengan berat kira-kira 2,200 tan, kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik  Singapura itu boleh beroperasi 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam lain yang kini dimiliki oleh republik itu, selain dilengkapi dengan sistem persenjataan dan sensor yang jauh lebih baik.

Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik  Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air yang paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  

 Rekabentuk kapal selam terbaru Singapura  yang direkabentuk khusus untuk republik  itu dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).

Singapura
@DarthFreder

 

Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Kemasukan  empat buat kapal selam Type 218SG kelas-Invincible iaitu “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut  Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.

Kesemua kapal selam terbaru  Singapura itu mempunyai berat 2,000-2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.

Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.

Kapal selam Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.

Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain.

Sistem kombatnya pula direkabentuk oleh Atlas Elektronik dan ST Elektronics.

Singapura

Singapura
Kapal selam Type 218SG milik Singapura di Kiel, Jerman. (kredit Schlepp-und Fahrgesellesschadt Kiel)

 

Satu lagi yang menarik tentang kapal selam Type 218SG Tentera Laut  Singapura ini adalah ia direkabentuk khas untuk membolehkan ia beroperasi dengan berkesan di perairan yang cetek dan sibuk, sebagaimana perairan di sekitar rantau Asia Tenggara yang sememangnya sibuk dengan laluan maritim perdagangan.

 “Antara ciri-ciri utama rekabentuk kapal selam terbaru  Singapura ini adalah kemampuannya untuk melaksanakan misi pasukan khas,” menurut pakar kapal selam, H I Sutton di dalam portal berita pertahanan, Navalnews.com

Beliau merujuk kepada sistem Horizontal Multi Purpose Airlock yang boleh melancarkan torpedo, penyelam dan pasukan-pasukan khusus (komando) kerana antara tugas utama yang bakal dilaksanakan oleh kapal selam itu adalah menangani ancaman kumpulan-kumpulan pengganas.

 Kapal selam Singapura itu juga dikatanya mempunyai opsyen untuk dilengkapkan dengan Vertical  Multi Purpose Airlock bagi melancarkan peluru berpandu secara menegak.

Ada penganalisis serantau mengatakan  Singapura sedang mempersiapkan tentera lautnya untuk mengoperasikan peluru berpandu kruis “Tomahawk” sekiranya diperlukan.

 Menteri Pertahanannya Dr Ng Eng Hen dilaporkan berkata bahawa memandangkan tentera-tentera laut India, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia sedang berusaha untuk membesarkan lagi angkatan kapal selamnya, maka, tindakan  Singapura memperolehi empat buah kapal selam Type 218SG daripada Jerman adalah “langkah yang tepat.” — DSA

 

Comments
Loading...