Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Nuklear Armada Utara Russia “Asah Taring” di Artik

Armada Utara Tentera Laut Russia adalah antara komponen terpenting bagi pertahanan maritim negara itu, dengan antara aset-aset utamanya adalah kapal-kapal selam berkuasa nuklear yang dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu nuklear antara benua.

0 3,317

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menjadikan Artik sebagai titik pertahanannya yang penting, maka, Tentera Laut Russia telah mengarahkan Armada Utara untuk memulakan latihan navigasi dan penyelaman di bawah lapisan ais yang tebal di Artik itu untuk krew-krew kapal selam berkuasa nuklearnya.

Latihan intensif teori dan praktikal bermula tahun ini yang disifatkan sebagai antara tugas yang paling penting akan dilaksanakan oleh krew-krew kapal selam berkuasa nuklear di bawah Armada Utara Tentera Laut Russia itu.

Latihan itu bertujuan membiasakan krew-krew kapal selam berkuasa nuklear itu dengan keadaan yang persekitaran yang unik di Artik termasuk ketebalan aisnya, trend ais hanyut dan kesan keadaan cuaca terhadap pembentukan ais.

Selepas membiasakan diri dengan keadaan persekitaran di Artik, krew-krew kapal selam berkuasa nuklear itu kemudiaanya akan memulakan latihan navigasi ketika berada di bawah permukaan air dana is di kawasan tersebut.

Menurut laporan oleh pakar-pakar pertahanan di media Russia, mengoperasikan kapal selam di bawah lapisan-lapisan ais yang tebal di Artik akan amat mencabar bagi fizikal dan mental krew-krew kapal selam.

Latihan-latihan terbabit amat membantu menyediakan krew-krew kapal selam terbabit untuk berhadapan dengan keadaan persekitaran yang mencabar, selain tempoh tugasan yang amat panjang.

Artik

Armada Utara Tentera Laut Russia adalah antara komponen terpenting bagi pertahanan maritim negara itu, dengan antara aset-aset utamanya adalah kapal-kapal selam berkuasa nuklear yang dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu nuklear antara benua.

Antara kapal-kapal selam berkuasa nuklear yang bernaung di bawah Armada Utara Tentera Laut Russia termasuklah kapal-kapal selam kelas-Borei dikenali dengan nama-nama seperti Yury Dolgorukiy, Alexander Nevsky, Vladimir Monomakh dan Knyaz Vladimir.

Selain kapal-kapal selam kelas-Borei, Armada Utara Tentera Laut Russia juga menempatkan kapal-kapal selam kelas-Delta IV yang juga dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu ballistik seperti Tula, Bryansk, Karelia, Novomoskovsk, Verkhoturye dan Ekaterinburg.

Armada Utara Tentera Laut Russia juga memiliki dua buah kapal selam kelas-Oscar II membawa peluru-peluru berpandu kruis dengan peledak nuklear iaitu Orel dan Smolensk, selain kapal-kapal selam kelas Sierra II dan sebuah kapal selam kelas-Yasen, Severodvinsk.

Sebanyak enam buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Akula juga ditempatkan di Armada Utara Tentera Laut Russia terdiri daripada Pantera, Gepard, Vepr, Tigr, Volk dan Leopard.

Secara keseluruhannya, Armada Utara Tentera Laut Russia memiliki 21 buah kapal selam berkuasa nuklear pelbagai kelas.

Selam Russia
Kapal selam kelas-Severodvinsk

 

Kawasan Artik adalah kawasan yang berkepentingan tinggi dan strategik bagi Russia.

Pertamanya ia adalah kawasan penampan semulajadi berikutan kawasan persekitarannya yang amat mencabar dan menyukarkan sesiapa sahaja untuk tinggal dengan lama di kawasan itu, sekaligus menyediakan tahap pertahanan kepada apa-apa potensi serangan terhadap Russia.

Selain itu, Artik merupakan “rumah” kepada sebahagian besar daripada kekuatan nuklear Russia dengan Armada Utara Tentera Lautnya berpangkalan di Artik.

Kapal-kapal selam berkuasa nuklear miliknya berkemampuan melancarkan peluru-peluru berpandu antara benua daripada kawasan-kawasan yang sukar dikesan serta sukar lalui di Artik, sekaligus menambah menambah lagi keistimewaan Artik itu dimana perancang pertahanan Russia.

Artik juga memberikan Russia dengan kedudukan yang penting dan strategic untuk memantau serta mengawal Northern Sea Route (NSR), laluan laut yang menjadi semakin penting berikutan perubahan cuaca (climate change) dan pencairan ais di Artik.

Menguasai NSR memberikan faedah-faedah ekonomi serta strategik kepada pihak-pihak yang menguasainya. — DSA

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com
Comments
Loading...