Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Negara Intai Peluang Miliki Kereta Kebal Utama “Merkava” Israel

Jika rundingan perolehan kereta kebal “Merkava” itu berjaya, kedua-dua negara itu atau salah satu daripadanya bakal muncul sebagai negara luar Israel yang pertama menggunakan kereta kebal yang digembar-gembur oleh penganalisis ketenteraan sebagai diantara kereta kebal utama terbaik dunia.

0 6,811

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua negara dikatakan sedang mengintai peluang untuk memiliki kereta kebal utama “Merkava” buatan Israel yang tidak pernah dieksport kepada mana-mana negara luar sebelum ini.

Jika rundingan perolehan kereta kebal “Merkava” itu berjaya, kedua-dua negara itu atau salah satu daripadanya bakal muncul sebagai negara luar Israel yang pertama menggunakan kereta kebal yang digembar-gembur oleh penganalisis ketenteraan sebagai diantara kereta kebal utama terbaik dunia.

Identiti kedua-dua negara yang bercadang memiliki diantara 200 hingga 300 kereta kebal utama dibangunkan syarikat Israel Military Industries (IMI) itu tidak didedahkan, tetapi salah satunya adalah negara Eropah, dengan ramai membuat spekulasi menyatakan bahawa  ia adalah Ukraine.

Merkava

Potensi eksport Merkava buat pertama kali itu didedahkan sendiri oleh Kementerian Pertahanan Israel.

“Terdapat dua negara berpotensi di mana kita (Kementerian Pertahanan Israel) sedang mengadakan rundingan (penjualan kereta kebal Merkava). Bagaimanapun saya dilarang daripada menamakan negara berkenaan, tetapi satu negara itu berada di Eropah,” kata pegawai Kementerian Pertahanan Israel itu.

Pegawai Kementerian Pertahanan Israel itu tidak menamakan varian kereta kebal Merkava yang dicadang dijual kepada kedua-dua negara berpotensi itu.

Bagaimanapun penganalisis mengatakan adalah tidak mungkin Israel akan membenarkan eksport varian terkini kereta kebal terbabit iaitu Merkava Mk4 kepada negara luar, memungkinkan Tel Aviv menjual varian sebelum ini iaitu Merkava Mk3 atau Merkava Mk2.

Israel mula membangunkan kereta kebal Merkava pada awal tahun 1970-an hasil pengalaman daripada Perang Enam Hari 1967 dan juga Perang Yom Kippur pada 1973 serta keperluannya terhadap kereta kebal yang bukan sahaja canggih tetapi dapat memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap anggota tenteranya.

Merkava

Merkava
Kereta kebal utama Merkava” di Lubnan.

 

Negara Yahudi itu mahukan kereta kebal utama yang lebih baik berbanding model-model kereta kebal buatan negara Barat pada ketika itu.

Apa yang menarik tentang kereta kebal utama Merkava itu adalah rekabentuk asasnya yang unik dan tidak didapati oleh mana-mana kereta kebal yang lain.

Antaranya adalah enjin kereta kebal Merkava itu terletak di bahagian hadapan kenderaan itu manakala di bahagian belakang kereta kebal itu mempunyai ruangan bagi membolehkan ia membawa sehingga 10 orang anggota tentera.

Kedudukan enjin di bahagian hadapan kereta kebal bertujuan memberikan perlindungan yang lebih baik kepada krew Merkava.

Varian terkini kereta kebal itu, Merkava Mk4 mula memasuki perkhidmatan tentera Israel pada tahun 2004 bagi menggantikan kereta kebal Merkava Mk3 yang digunakannya sebelum ini.

Merkava

Dengan berat keseluruhan kereta kebal itu mencecah 66 tan, Merkava Mk4 dilengkapkan dengan meriam kaliber 120mm smoothbore yang turut berkemampuan untuk melancarkan peluru berpandu anti-kereta kebal “Lahat.”

Setiap kereta kebal Merkava Mk4 itu mampu membawa sehingga 48 butir peluru.

Laporan media sebelum ini menyatakan Israel memiliki sehingga 360 buah kereta kebal Merkava Mk4 manakala 300 buah lagi sedang dibina oleh negara itu.

Ia juga dilengkapkan dengan enjin berkuasa kuda 1,500hp buatan General Dynamics.. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...