Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tok Mat Melawat Indonesia, Pertingkat Kerjasama Pertahanan Kedua Negara

Dalam lawatan ke Indonesia itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan telah menyampaikan jemputan kepada rakan sejawatannya daripada Indonesia,Prabowo Subianto untuk mengunjungi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) yang akan berlangsung dari 23-27 Mei 2023.

0 1,210

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengadakan lawatan rasmi selama sehari ke Indonesia hari ini bagi meningkatkan lagi kerjasama pertahanan di antara kedua-kedua negara berjiran.  

Menurut kenyataan media sosial Kementerian Pertahanan, lawatan rasmi ini dimulai dengan sesi kunjungan hormat terhadap rakan sejawatannya, Prabowo Subianto.

Semasa sesi kunjungan hormat diadakan, kedua-dua menteri pertahanan telah mengadakan perbincangan mengenai usaha untuk mempertingkatkan kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform Hubungan Pertahanan Dua Hala dan Hubungan Pertahanan Pelbagai Hala.

Kedua-dua mereka juga menegaskan komitmen untuk bersama mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara secara konstruktif dan progresif.

Kerjasama ini juga turut melibatkan bidang sains dan teknologi pertahanan, industri pertahanan, dialog pertahanan strategik dan isu ketenteraan serta perkongsian maklumat.

Tok Mat
Kredit Kementerian Pertahanan

 

Pada masa yang sama, Mohamad turut menyampaikan jemputan kepada Prabowo untuk mengunjungi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) yang akan berlangsung dari 23-27 Mei 2023.

Malaysia dan Indonesia berkongsi hubungan dua hala yang erat dan lawatan Mohamad ke Republik Indonesia merupakan langkah penting untuk mengukuhkan lagi ikatan diplomasi dan persahabatan sedia ada antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan turut diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan wakil Angkatan Tentera Malaysia.

Tok Mat
Kredit Kementerian Pertahanan

 

Diplomasi pertahanan terutamanya dengan negara serantau adalah bagi menyokong Tonggak Perkongsian Berwibawa dalam strategi pertahanan negara seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.

Ianya bagi memperkukuh dan memperluas kerjasama pertahanan bagi mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bermanfaat untuk pembangunan dan kestabilan serantau. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...