Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Misi Pengintipan “Jarak Dekat” Pesawat Perisikan Amerika Bimbangkan Beijing

Apa yang dibimbangi oleh badan pemikir yang berpusat di Beijing itu adalah penerbangan perisikan oleh pesawat-pesawat pengintip Amerika Syarikat itu dilakukan “amat hampir” dengan pesisir pantai China, yang amat mengancam keselamatan dan tahap kerahsiaan tentera negara itu.

0 1,614

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pengintip/perisikan Amerika Syarikat dan sekutunya dikesan melakukan 589 misi perisikan jarak dekat (close-in intelligence missions) di Laut China Selatan pada tahun ini, menurut sebuah badan pemikir yang berpusat di Beijing.

Menurut badan pemikir terbabit, “South China Sea Strategic Situation Probing Initiative” (SCSPI), penerbangan-penerbangan pengintipan itu berlaku di antara Januari hingga November tahun ini.

Ia juga mengatakan bahawa bilangan penerbangan pengintipan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya berkemungkinan besar adalah lebih tinggi daripada 589 penerbangan yang dapat dikesan di antara Januari hingga November tahun ini.

Ini terutamanya pesawat-pesawat kecil yang turut digunakan oleh kontraktor dan tentera Amerika Syarikat untuk melakukan misi-misi pengumpulan maklumat di Laut China Selatan.  

Walaupun data membabitkan penerbangan pengintipan tentera Amerika Syarikat di Laut China Selatan pada bulan Disember tahun ini belum lagi diperincikan, tetapi SCSPI mengatakan tahun lepas Washington menghantar 47 pesawat pengintipnya untuk melakukan rondaan di perairan yang strategik itu.

Rivet Joint
Pesawat RC-135W Rivet Joint milik Tentera Amerika Syarikat.

 

Penerbangan pengintipan terbaru Amerika Syarikat di Laut China Selatan itu berlaku pada 21 Disember lalu apabila Washington menghantar pesawat pengintipnya yang berpengkalan di pangkalan udara di Jepun dan Filipina untuk memantau Selat Taiwan dan Laut China Selatan.  

Pesawat-pesawat yang digunakan adalah tiga buah pesawat P-8A Poseidon, sebuah E-3G dan sebuah RC-135V.

Apa yang dibimbangi oleh badan pemikir SCSPI yang berpusat di Beijing adalah penerbangan-penerbangan perisikan Amerika Syarikat dilakukan “amat hampir” dengan pesisir pantai China, yang difikirnya amat mengancam keselamatan dan tahap kerahsiaan tentera negara itu.

Pada 3 Jun lepas, sebuah pesawat pengintip Amerika Syarikat RC-135C telah terbang di Laut China Timur dan berada hanya 90 batu nautika di luar pantai Shanghai.

Misi perisikan pesawat pengintip Amerika Syarikat itu beberapa hari sebelum tentera China melancarkan kapal pengangkut pesawatnya yang ketiga,”Fujian” yang direka dan dibangunkan dalam negara.

P-8 Poseidon
Pesawat P-8 “Poseidon”

 

 

Selain pesawat-pesawat pengintip milik Amerika Syarikat, pesawat yang sama fungsinya milik Australia turut melakukan penerbangan yang sama di Laut China Selatan terutamanya di sekitar Kepulauan Spratly dan Paracel.

Menurut seorang pakar ketenteraan China dikenali dengan nama “Song Zhongping” mencadangkan bahawa ada di antara sistem persenjataan yang digunakan oleh tentera China ketika latihan menghasilkan signal yang sekiranya berjaya dipintas dan dirungkai (decode) boleh mengganggu operasi sistem berkenaan.

Menurut beliau lagi, signal-signal electromagnetic yang dihasilkan oleh sistem pertahanan terbabit boleh mendedahkan metod yang digunakan oleh unit-unit tentera berkenaan untuk berkomunikasi.

Sekiranya cara unit-unit tentera China berkomunikasi ini berjaya dipintas dan dirungkai (decode), ia boleh mendedahkan “rahsia” ketenteraan tentera negara itu

Kalimantan
Peluru berpandu ICBM China “DF-41”.

 

Pihak media di China menyatakan bahawa pihak tentera negara itu perlu mengambil lebih banyak inisiatif untuk menangani penerbangan-penerbangan pengintipan oleh pesawat asing, terutamanya yang dilakukan berhampiran dengan sempadan perairan negara itu.

Ia mencadangkan supaya tentera China supaya mengerah sistem supresi dan gangguan elektro-magnetik untuk menghalang operasi pesawat-pesawat pengintip asing dengan serta-merta.

Selain itu, media negara mencadangkan supaya pesawat-pesawat pejuang negara itu juga perlu meningkatkan rondaan mereka di kawasan perairan negara itu untuk mengekang kehadiran pesawat-pesawat pengintip asing itu serta misi mengintip mereka. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...