Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Untuk Cabar China, Australia Mesti Miliki Pesawat Pengebom B-21 “Raider”

Sebaik sahaja didedahkan kepada khalayak ramai, pakar-pakar meramalkan bahawa pesawat pengebom halimunan B-21 Raider bakal memiliki radius operasi sejauh 9,600km dan berkemampuan membawa muatan senjata seberat 10 tan yang akan mencabar China di rantau Indo-Pasifik.

0 2,221

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Penganalisis pertahanan Australia mendesak kerajaan negara itu supaya membeli pesawat pengebom halimunan B-21 Raider daripada Amerika Syarikat bagi membolehkan ia memiliki kemampuan serangan udara jarak jauh terhadap China.

Menulis dalam kertas kerja badan pemikir, Australian Strategic Policy Institute (ASPI), pakar terbabit Marcus Hellyer dan Andrew Nicholls berkata, Australia perlu menimbangkan pesawat pengebom halimunan B-21 sebagai opsyen untuk melakukan serangan udara jarak jauh.

Pesawat pengebom halimunan B-21 Raider merupakan pesawat pengebom strategik yang direkabentuk untuk membawa bom-bom konvensional dan nuklear.

Menurut kertas kerja oleh kedua-dua pakar Australia, mereka menganggarkan harga sebuah pesawat pengebom halimunan B-21 Raider adalah US$700 juta (RM2. 8 bilion).

Kedua-dua pakar Australia itu mengkaji pelbagai opsyen yang boleh meningkatkan kemampuan Angkatan Tentera Australia untuk melakukan serangan di antara 2032-2033.

B-21 Raider

“Sebagai pesawat pengebom halimunan yang boleh mengugurkan jumlah ordnans yang besar, maka pesawat B-21 amat berkebolehan dalam serangan udara. Ia boleh diperolehi sekitar tahun 2032-2032 tetapi pada harga yang amat mahal,” kata kedua-dua pakar Australia itu dalam kertas kerja mereka.

Mereka juga berkata sekiranya Australia berminat untuk memperolehi satu skuadron 12 buah pesawat B-21 Raider maka ia perlu bersedia untuk membelanjakan di antara US$25 bilion hingga US$28 bilion.

Kedua-dua pakar Australia itu mencadangkan supaya negara itu menimbangkan kos tinggi yang terpaksa ditanggungnya untuk memperolehi pesawat B-21 Raider dengan kelebihan-kelebihan strategik dan taktikal pesawat itu.

Untuk itu, mereka mencadangkan supaya kerajaan Australia memulakan rundingan dengan Amerika Syarikat.

Desakan supaya Australia itu memperolehi pesawat pengebom B-21 Raider itu semakin hebat diperkatakan selepas banyak pihak dinegara itu tidak berpuashati dengan prestasi pesawat pejuang generasi kelima F-35A milik Tentera Udara Australia. 

B-21 Raider

Menurut sesetengah pihak di negara Oceania itu, perolehan pesawat F-35 itu dianggap kesilapan besar kerana isu-isu berkaitan dengan kos, kemampuan pesawat dan tahapkesiapsiagaan pesawat itu yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).

Dibangunkan selama lebih daripada tujuh tahun, pesawat pengebom halimunan B-21 didedahkan pada khalayak ramai di California pada awal bulan ini.

Sebaik sahaja didedahkan kepada khalayak ramai, pakar-pakar meramalkan bahawa pesawat pengebom halimunan B-21 Raider bakal memiliki radius operasi sejauh 9,600km dan berkemampuan membawa muatan senjata seberat 10 tan yang akan mencabar China di rantau Indo-Pasifik.

Didedahkan di Palmdale, California lada 3 Disember lalu, majlis memperkenalkan pesawat pengebom halimunan B-21 itu telah dipantau secara rapi oleh pemerhati di China.

B-2
Pesawat pengebom B-2 “Spirit”

 

Sehari selepas majlis pengenalan pesawat pengebom halimunan itu, penganalisis China mengatakan bahawa pesawat pengebom itu merupakan percubaan Washington untuk menangani “ancaman” oleh Beijing di Indo-Pasifik.

Risau dengan kemampuan pesawat pengebom halimunan B-21 Raider itu, pihak China menerusi akhbar dimiliki Parti Komunis negara itu menerbitkan artikel berkenaan pesawat pengebom itu dan ancamannya terhadap pertahanan dan keselamatan China.

apps

Pakar ketenteraan China dikenali sebagai Zhang Xuefeng berkata pesawat pengebom halimunan B-21 Raider itu mempunyai beberapa kelainan berbanding pesawat pengebom B-2 yang secara tidak langsung telah meningkat kemampuan pesawat itu termasuk mengurangkan Radar Cross Section (RCS) dan mengurangkan kebarangkalian ia dikesan oleh frekuensi radio.

Zhang mengakui bahawa rekabentuk halimunan pesawat pengebom B-21 yang lebih baik menjadikan ia lebih berkemampuan untuk “memasuki” ruang udara mana-mana negara tanpa dikesan untuk mengugurkan bom-bom pintar atau tidak pintar dalam jumlah yang besar sebelum “menghilangkan” diri. – – DSA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments
Loading...