Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mesir Semakin Hampir Pilih Pesawat FA-50, Tejas “Berduka” Lagi

Perjanjian di antara Korea Aerospace Industries (KAI) dengan Arab Organisation for Industrialisation (AOI) pada Khamis melibatkan usahasama untuk membina pesawat pejuang latihan yang akan digunakan oleh Tentera Udara Mesir serta dieksport kepada negara-negara Arab dan Afrika.

0 3,848

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mesir dipercayai semakin hampir untuk menjadi pembeli terbaru pesawat pejuang ringan, FA-50 selepas syarikat pembuat pesawat itu, Korea Aerospace Industries (KAI) menandatangani perjanjian dengan sebuah organisasi industri pertahanan yang berpengkalan di negara Arab itu.

Perjanjian di antara KAI dengan Arab Organisation for Industrialisation (AOI) yang ditandatangani pada Khamis melibatkan usahasama untuk membina “pesawat pejuang”.

Laporan dalam media tempatan di Mesir bagaimanapun tidak menjelaskan jenis pesawat yang akan dibina hasil usahasama di antara kedua-dua pihak itu, walaupun spekulasi menjurus kepada pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh KAI.

FA-50 merupakan varian pesawat pejuang ringan manakala varian bagi pesawat latihan lanjutan (Fighter Lead-In Trainer) pula dikenali sebagai T-50.

Menurut pengerusi AOI Mukhtar Abdel Latif, perjanjian itu mensasarkan untuk membina pesawat latihan yang akan digunakan oleh tentera udara Mesir serta dieksport kepada negara-negara di Arab dan Afrika.

FA-50
Pesawat FA-50 Tentera Udara Korea Selatan

 

KAI mensasarkan untuk menjual kira-kira 100 buah pesawat FA-50 kepada Mesir.

Tentera Udara Mesir dijangka membuat keputusan pada tahun depan berkenaan pesawat latihan lanjutan yang mahu dimilikinya.

Selain pesawat FA-50, beberapa syarikat pembuat pesawat lain turut berminat untuk membekalkan pesawat latihan lanjutan kepada Mesir termasuk AVIC daripada China yang mengetengahkan L-15 manakala Leonardo pula menawarkan pesawat M-346.

Manakala syarikat Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) pula mempertaruhkan pesawat “Tejas” untuk merebut kontrak Mesir.

Bagaimanapun KAI berpendapat bahawa FA-50 mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dipilih oleh Tentera Udara Mesir kerana faktor persamaan dengan pesawat pejuang F-16 yang digunakan oleh negara Arab itu.

FA-50
Pusat pemasangan akhir pesawat FA-50 milik KAI.

 

Tentera Udara Mesir merupakan diantara negara pengguna pesawat F-16 terbesar dunia dengan 160 buah pesawat dan persamaan lojistik di antara kedua-dua pesawat (F-16 dan FA-50) dijangka akan memudahkan pemilihan KAI oleh Kaherah.

Syarikat Korea Selatan itu menawarkan produksi bersama dan usaha pemasaran bersama sekiranya Mesir memilih pesawat FA-50 yang dibangunkan mereka.

Mesir dikatakan mahu menggantikan pesawat-pesawat pejuang/latihannya yang berusia termasuk Alpha Jet, Mirage 5E dan juga Mirage 2000.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada Februari lepas, syarikat pertahanan Korea Selatan, Hanwha Defense menandatangani perjanjian bernilai US$1.7 bilion (RM6.8 bilion) dengan Mesir untuk membekalkan sejumlah 200 buah sistem artilleri bergerak (tracked self-propelled howitzer) “K-9 Thunder” kepada negara Arab itu.

Sebahagian besar daripada sistem artilleri bergerak itu akan dibina di kemudahan pembuatan peralatan pertahanan Mesir dikenali dengan nama “Factory 200”, yang terletak di luar ibu kota negara itu, Kaherah.

Mesir merupakan negara ke-sembilan yang memperolehi sistem artilleri “K-9 Thunder” sejak ia diperkenalkan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...