Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

11 Buah Kapal TLDM Belayar Rentasi Laut China Selatan Ke Laut Sulu

"Umpama serampang dua mata, ia turut memperagakan kehadiran aset-aset TLDM di Zon Maritim Malaysia terutamanya di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu,” menurutnya.

0 8,755

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebanyak 11 buah kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah belayar merentasi Laut China Selatan menuju ke Laut Sulu dalam Eksesais OSTEX EAST 2/2022 yang bermula  daripada 23 Ogos lepas dan berakhir pada hari ini.

Menurut kenyataan oleh Markas Pemerintahan Armada Timur, siri eksesais ini dilaksanakan dengan misi menyediakan angkatan laut yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi ancaman maritim.

Eksesais ini juga turut bertujuan mempertingkatkan kemahiran warga dalam aspek navigasi, ilmu kelautan dan peperangan.

Ostex
(kredit TLDM)

 

“Umpama serampang dua mata, ia turut memperagakan kehadiran aset-aset TLDM di Zon Maritim Malaysia terutamanya di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu,” menurutnya.

Eksesais intra-TLDM yang sinonim di Armada Timur ini merupakan eksesais tahunan yang menjadi platform utama bagi menguji kecekapan warga the Navy People dan kesiagaan aset-aset di Armada Timur.

OSTEX EAST 2/2022 ini telah dirasmikan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 23 Ogos yang lalu oleh Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Sazalee bin Shoib.

OSTEX
(kredit TLDM)

 

Usai majlis perasmian, pelbagai pengisian seiring fasa pelabuhan telah dilaksanakan termasuk taklimat eksesais, perbincangan operasi di antara pegawai operasi kapal, latihan praktikal di pelabuhan dan taklimat sebelum pelayaran.

Fasa Laut juga menjadi medan latihan sebenar bagi warga telah berlangsung pada 26 sehingga 30 Ogos di mana 11 buah kapal TLDM telah terlibat iaitu KD SELANGOR, KD PERAK, KD KELANTAN, KD SUNDANG, KD BADIK, KD RENCONG, KD GANAS, KD BAUNG, KD TODAK dan KD JERONG.

“Kapal-kapal ini telah belayar merentasi perairan Laut China Selatan menuju ke Laut Sulu sebelum berakhir di Markas Wilayah Laut 2, Sandakan.”

Ostex
(kredit TLDM)

 

Antara siri latihan utama yang telah dilaksanakan merangkumi siri peperangan permukaan, manuvra taktis, penembakan sasaran permukaan statik, latihan menggeledah, latihan menunda, pemindahan tali ringan dan pendaratan helikopter di kapal.

Penglibatan julung kalinya Helikopter Operasi Maritim (HOM) dalam siri eksesais TLDM juga dilihat mampu menggandakan lagi keupayaan aset udara TLDM terutamanya di Armada Timur.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali dalam ucapan penutup eksesais menyatakan bahawa melalui platform latihan sebegini, TLDM dapat memastikan aset Armada Timur yang merangkumi ketiga-tiga elemen People, Platform dan Process diuji pada tahap tertinggi.

Ostex
(kredit TLDM)

 

Kompetensi warga the Navy People, kesiagaan kapal di Armada Timur dan protokol operasi serta logistik juga perlu ditambahbaik untuk kekal relevan dan efisien. 

Eksesais intra sebegini akan sentiasa dilaksanakan seiring peranan TLDM ketika aman iaitu menyediakan angkatan yang kompeten dan siaga.

Ostex
(kredit TLDM)

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

 

Ostex
(kredit TLDM)

 

Mengambil semangat bulan kemerdekaan, ini seharusnya menyuntik semangat waga the Navy People untuk memberikan sepenuh komitmen dalam setiap evolusi yang terlaksana.

Penzahiran semangat kepahlawanan dan patriotisme ini dapat disaksikan dengan kejayaan pelaksanaan eksesais dan peningkatan kecekapan warga the Navy People yang sentiasa ikhlas berjuang melindungi kedaulatan dan keselamatan maritim Malaysia. — DSA

 

Comments
Loading...