Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] “Hunter”, Kenderaan “Pemburu-Pembunuh” Kereta Kebal Utama

"Hunter"  yang sebelum ini dikenali sebagai Next Generation Armoured Fighting Vehicle (NGAFV) telah mula dibangunkan sejak tahun 2006 dan selepas beberapa prototaip ia telah ditauliah masuk ke dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Singapura pada tahun 2019.

0 3,380

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kenderaan tempur berperisai (armoured fighting vehicle)  “Hunter” merupakan kenderaan berperisai kebanggaan tentera Singapura yang dibangunkan di dalam republik itu sendiri agensi penyelidiknya,  Defence, Science and Technology Agency (DSTA) dengan kerjasama syarikat ST Kinetics yang merupakan anak syarikat kepada ST Engineering serta Angkatan Tentera Singapura itu sendiri.

“Hunter”  yang sebelum ini dikenali sebagai Next Generation Armoured Fighting Vehicle (NGAFV) telah mula dibangunkan sejak tahun 2006 dan selepas beberapa prototaip ia telah ditauliah masuk ke dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Singapura pada tahun 2019.

Kenderaan “Hunter” ini menggantikan kenderaan berperisai M113 Ultra yang telah digunakan oleh tentera Singapura sejak tahun-tahun 1970-an dengan mengaplikasi peningkatan kemampuan dalam pergerakan, ketahanan, armor serta “situational awareness” menerusi penggunaan sistem digital, sistem penderia dan sensor canggih.

Hunter
Hunter

 

Ia dikatakan adalah kenderaan berperisai yang dioperasikan secara digital secara sepenuhnya.

Kenderaan AFV “Hunter” yang memiliki berat sebanyak 29 tan dan mampu membawa lapan anggota tentera lengkap bersenjata serta tiga krew adalah platform yang digital sepenuhnya, dengan sistem “Battle Management System” tersendiri dan persenjataan yang terdiri daripada meriam 30mm “MK44 Bushmaster 11” serta mesingan 7.62mm menerusi penggunaan sistem remote control weapon system “Samson” keluaran syarikat pertahanan Israel, Rafael.

Tiga orang krew yang terlibat dalam mengendalikan “Hunter” adalah commander, gunner dan driver.

Sistem remote control weapon system “Samson” kenderaan tempur “Hunter”” itu juga membawa dua peluru berpandu anti kereta kebal “Spike LR2”, bagi membolehkan ia menjalankan operasi “tank hunter killer” untuk memusnahkan kereta-kereta kebal utama.

Bersesuaian dengan beratnya yang hampir mencapai 30 tan, enjinnya juga berkuasa tinggi sehingga 800hp (kuasa kuda).

Selain itu, kenderaan tempur moden ini juga dilengkapi dengan apa yang dipanggil “ARTEMIS” yang bermaksud “Army Tactical Engagement and Information System.”

“ARTEMIS” adalah sistem kawal dan perintah (command and control) yang membolehkan krew dan anggota beroperasi di dalam keadaan digital sepenuhnya serta berinteraksi dengan formasi-formasi lain di medan peperangan dalam keadaan maya sepenuhnya.

Kenderaan “Hunter” ini boleh dipandu selaju 70km sejam dengan operating range sehingga 500km.

Selain sebagai kenderaan kombat, “Hunter” ini juga memiliki varian-variannya yang lain termasuklah kenderaan kejuruteraan, recovery, command dan jambatan.

Batallion ke-42, Rejimen Armor Singapura (42nd SAR) adalah batalion pertama angkatan tentera Singapura yang mengoperasikan kenderaan kombat moden “Hunter” ini. — DSA

Hunter
Hunter

 

 

Comments
Loading...