Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Radar “Anti-Halimunan” Untuk Kesan Pesawat F-22, F-35

Media nasionalis China, “Global Times” yang dimiliki oleh Parti Komunis China mendakwa radar anti-halimunan "YLC-8E" terbabit boleh mengesan pesawat halimunan seperti F-22 dan F-35 serta pesawat-pesawat lain daripada jarak jauh dengan ketepatan yang tinggi.

7,023

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Juruterbang pesawat-pesawat F-22 Raptor dan F-35 Joint Strike Fighter perlu lebih berhati-hati selepas ini kerana tentera China mendakwa ia telah berjaya membangunkan radar “anti-halimunan (stealth)” yang mampu mengesan kehadiran pesawat-pesawat yang didakwa sebagai halimunan (stealth).

Dibangunkan oleh China Electronics Technology Group Corporation (CETC), radar “anti-halimunan”  itu dinamakan “YLC-8E” dan ia menggunakan teknologi elektro magnetik untuk mengesan kedudukan pesawat-pesawat yang mendakwa mereka sebagai halimunan.

CETC memanggil “YLC-8E” sebagai radar perisikan generasi ke-4 dan mendakwa tahap pengesanan pesawat-pesawat halimunan oleh radar itu mencapai sehingga 95 peratus.

Dikatakan radar anti halimunan ini mempunyai keupayaan untuk mengesan pesawat pada jarak 500km atau peluru berpandu pada jarak 700km.

Menurut penganalisis tentera China, radar YLC-8E merupakan radar anti halimunan yang pertama di dunia menggunakan sistem UHF dan dipromosikan sebagai radar yang berkemampuan untuk mengesan pesawat-pesawat F-22 dan F-35.

Radar

 

Media nasionalis China, “Global Times” yang dimiliki oleh Parti Komunis China mendakwa radar anti-halimunan “YLC-8E” terbabit boleh mengesan pesawat halimunan seperti F-22 dan F-35 serta pesawat-pesawat lain daripada jarak jauh dengan ketepatan yang tinggi.

Selain mengesan pesawat-pesawat halimunan, radar YLC-8E juga boleh bertindak sebagai radar amaran awal serta radar pengesan tembakan artillery, menjadikan radar “anti-halimunan” buatan China ini sebagai radar serba-boleh, berkemampuan mengesan pelbagai sasaran.

Dengan satu radar, ia boleh melaksanakan pelbagai fungsi, sebagaimana didakwa oleh pihak tentera China.

F-22 Raptor
Pesawat pejuang F-22 Raptor.

Pengumuman China bahawa ia telah berjaya membangunkan radar “anti-halimunan” berlaku ketika negara-negara di dunia sedang berlumba-lumba untuk memperolehi pesawat dan dron halimunan untuk meningkatkan keupayaan tentera mereka.

Beijing mula membangunkan radar anti-halimunan pada awal tahun 2020.

F-35
Pesawat-pesawat F-35B beroperasi daripada atas kapal HMS Queen Elizabeth.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Bagaimanapun bagi pemerhati pertahanan antarabangsa, ujian sebenar sama ada radar anti-halimunan ini benar-benar berfungsi mengesan pesawat-pesawat halimunan adalah untuk mengerah dan mengoperasinya di dalam waktu konflik di mana pesawat-pesawat halimunan terlibat.

Pada ketika ini belum ada konflik yang melibatkan pertentangan di antara radar halimunan dengan pesawat halimunan.

Pesawat-pesawat F-35  milik Amerika Syarikat dan Israel terlibat dalam misi-misi di Syria tetapi ia hanya berhadapan dengan radar-radar konvensional buatan Russia.

Setakat ini, dakwaan oleh firma China tentang radar  anti-halimunan itu hanya sekadar dakwaan selagi ia tidak dikerah ke medan peperangan dan berhadapan dengan pesawat-pesawat halimunan. — DSA

radar

 

 

 

 

 

 

Comments are closed.