Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Bina Pangkalan Laut Di Sudan, Mahu Awasi Timur Tengah

Russia bakal meluaskan lagi pengaruhnya di Afrika dan Timur Tengah.

0 2,002

DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia kini memiliki pangkalan tentera laut di Laut Merah apabila ia dengan Sudan pada Disember tahun lepas menandatangani perjanjian selama 25 tahun untuk mewujudkan pusat lojistik bagi kapal-kapal perangnya serta lokasi untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaran.

Apabila pangkalan tentera laut yang bakal dibina dengan kos US$300 juta itu siap, Russia akan menempatkan pelbagai jenis kapal termasuk yang berkuasa nuklear di Sudan, berhampiran dengan Laut Merah (Red Sea) yang amat strategik.

Pangkalan
Kedudukan pangkalan laut Russia di Sudan.

 

Dua hari lepas, kapal perang friget Tentera Laut Russia “Admiral Grigorovich” menjadi kapal perang negara itu yang pertama belayar memasuki Pelabuhan Sudan.

Moscow sejak beberapa tahun kebelakangan ini mula merangka untuk mewujudkan pangkalan bagi tentera di benua Afrika dengan negara-negara Afrika Utara menjadi pilihan kerana kedudukannya yang dekat dengan rantau Timur Tengah. Bukan sahaja Russia, tetapi China juga telah mewujudkan pangkalan lojistik bagi tentera lautnya di Djibouti.

Winston Churchill
Kapal destroyer kelas-Arleigh Burke “USS Winston Churchill”

 

Pangkalan tentera laut Russia di Sudan juga menandakan perluasan pengaruh negara di benua Afrika dan rantau Timur Tengah yang terletak berhampiran.

Russia juga dibenarkan untuk memindah dan menempatkan peralatan serta peluru di pangkalannya di Sudan dibawah perjanjian yang ditandatanganinya dengan kerajaan di Khartoum.

Terdapat juga laporan mengatakan bahawa Russia akan menempatkan sistem pertahanan udaranya dan peperangan elektronik untuk melindungi pangkalan itu daripada segala ancaman.

Pangkalan laut Russia di Sudan itu akan menjadi pangkalan laut kedua negara itu di luar negara selepas Tartus di Syria.

Sementara itu, sehari selepas kapal perang Russia “Admiral Grigorovich” itu belayar masuk ke Pelabuhan Sudan, sebuah lagi kapal perang tiba.

Kali ini kapal perang destroyer kelas-Arleigh Burke “USS Winston Churchill” pula belayar masuk ke Pelabuhan Sudan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...