Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Perhati Dengan Teliti Pembangunan UAV Turki – Duta Negara Itu

0 2,294

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci dalam satu temuramah dengan portal pertahanan Turki – www.defensehere.com – mengatakan Malaysia sedang memerhati dengan teliti pembangunan pesawat tanpa pemandu (UAV) Turki, sama ada tanpa senjata atau yang bersenjata.

Adakah kenyataan duta Turki ke Malaysia ini membawa apa-apa makna, memandangkan kita sememangnya sedang dalam proses membeli UAV daripada kategori Medium Altitude Long Endurance (MALE).

Bayraktar TB2
UAV “Bayraktar TB2”

Bagaimanapun, admin berpendapat pesawat-pesawat UAV Turki sememangnya adalah “frontrunner” untuk memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia.

Setakat ini admin tiada maklumat tentang senarai UAV-UAV yang menyertai tender terbuka antarabangsa yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan untuk memperolehi tiga buah pesawat tanpa pemandu itu dibawah fasa pertama perolehan itu. Bagaimanapun admin yakin, salah satu sistem yang memasuki tender itu adalah “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI).

Gempita
Kenderaan tempur Gempita adalah hasil usahasama antara DEFTECH dan FNSS daripada Turki.

Sama ada “Bayraktar” juga ada dalam senarai tender, itu tidak pasti walaupun admin berharap “Bayraktar” yang begitu cemerlang dalam beberapa konflik akan turut serta.

Sementara itu dalam temuramah yang sama, duta Turki itu juga berkata kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Turki telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, pencapaian industri pertahanan dan teknologi Turki telah membantu dalam meningkatkan minat Malaysia terhadap produk-produk keluaran negara Mediterranean itu.

Malaysia menurut beliau, merupakan antara rakan paling rapat Turki di rantau ini, ditambah pula pembangunan ekonomi Malaysia dan kedudukannya yang dinamik dalam dunia Islam serta jalinan persahabatan yang sudah terjalin sejak berkurun lamanya.

Turki dan Malaysia mempunyai hubungan yang baik dalam segala bidang.

Hubungan antara kedua-dua negara katanya dipertingkatkan ke tahap strategik apabila Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan melawat Malaysia pada 2014 bersempena dengan ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Semenjak peningkatan diplomatic kedua-dua negara dipertingkat ke tahap strategic, pembabitan syarikat pertahanan Turki di Malaysia juga meningkat seperti projek Gempita AV8 dan Remote Control Weapon Station (RCWS).

Katanya banyak syarikat-syarikat pertahanan Turki terlibat dalam pameran seperti DSA dan LIMA manakala banyak syarikat Malaysia menyertai pameran International Defense Industry Fair di Turki.

Pada ketika ini antara syarikat-syarikat pertahanan Turki yang mempunyai pejabat di Malaysia adalah Aselsan, FNSS, Istanbul Shipyard dan Havelsan.

Kavakci
Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...