The news is by your side.

Ukraine Tangkap Perisik Russia Cuba Curi Rahsia Kereta Kebal “T-84 Oplot”

5

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi perisikan Ukraine yang dikenali dengan akronim “SBU” (Security Service of Ukraine)  dikatakan telah mengagalkan cubaan daripada perisik-perisik Russia untuk mencuri rahsia tentang pembangunan kereta kebal T-84 Oplot negara itu.

Agensi perisikan Ukraine itu berjaya menahan seorang perisik “GRU” (Main Directorate of the General Staff of the Armed Forces) Russia di bandar Kharkiv, Ukraine baru-baru ini.

GRU
Anggota agensi perisikan Ukraine, menangkap perisik Russia (berbaju biru) selepas beliau mencuri dokumen tentang kereta kebal T-84 Oplot Ukraine.

Perisik Russia terbabit ditangkap ketika cuba mendapatkan dokumen teknikal berkenaan pembangunan dan pengeluaran kereta kebal T-84 Oplot. Hasil siasatan pihak Ukraine, perisik Russia itu didapati cuba mendapatkan maklumat teknikal itu daripada pekerja syarikat pembuat kereta kebal itu.

Kereta kebal T-84 Oplot itu dibina oleh syarikat Kharkiv Morozov Machine Design Building Bureau. Siasatan menunjukkan perisikan Russia itu telah mendapatkan maklumat teknikal tentang kereta kebal terbabit dan salinan dokumen itu telah diserahkan kepada perisik-perisik GRU yang lain dengan cara meletakkan dokumen rahsia itu didalam sebuah bekas.

T-84 Oplot
Kereta kebal T-84 Oplot.

Ketika ini perisik Russia itu telah pun didakwa atau melakukan pengkhianatan terhadap Ukraine.

Kereta kebal buatan syarikat terbabit, T-84 Oplot sebagaimana yang digunakan oleh negara jiran kita, Thailand adalah aset yang moden dan berkeupayaan. (versi T-84 Oplot tentera Ukraine dan yang digunakan oleh pasaran eksport mungkin berlainan).

Kereta kebal itu dilengkapi dengan “Duplet” Explosive Reactive Armor (ERA) yang dikatakan adalah lebih maju daripada Kontakt 5 ERA yang digunakan oleh kereta kebal milik Russia.

T-84 Oplot juga menggunakan SHTORA countermeasures system bagi membantunya menangani serangan peluru berpandu anti-kereta kebal.

Ia juga boleh dilengkapi dengan ZASLON Active protection system.

Kereta kebal Ukraine ini mempunyai tiga orang krew dan menggunakan sistem autoloader. Oleh kerana ia tidak membawa banyak krew, maka saiz dan beratnya juga berjaya dikurangkan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.