[VIDEO] Indonesia Idam 8 Pesawat Pejuang “F-15EX” Dan 36 “Rafale”
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mengikut perancangan Indonesia, tentera udara negara tetangga kita itu akan menerima sekurang-kurangnya enam buah pesawat pejuang F-15 versi terbaru iaitu “F-15EX” buatan syarikat Boeing menjelang tahun 2022.
Jika usaha Indonesia itu menjadi reality, ia bakal menjadi negara pertama selain Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang akan menggunakan F-15EX dan negara kedua di Asia Tenggara selepas Singapura sebagai negara pengguna pesawat F-15.
(Video penerbangan pertama pesawat pejuang F-15EX)
Selain itu, negara jiran kita juga mengatakan niatnya untuk memperolehi sebanyak 36 buah pesawat pejuang Omirole “Rafale” buatan syarikat pembuat kapal terbang, Dassault Aviation, malah rundingan antara Jakarta dengan syarikat pun sedang berlangsung ketika ini.
Menurut jurucakap syarikat Boeing, beliau tidak dapat mengesahkan minat Indonesia terhadap F-15EX itu tetapi melahirkan keyakinan akan kesesuaian pesawat pejuang itu dalam memenuhi keperluan pertahanan negara itu berdasarkan kepada kemampuannya, jarak maksimum operasinya serta kepelbagai senjata yang boleh dibawa oleh pesawat.
Keseluruhannya, Indonesia bercadang memiliki sebanyak lapan buah pesawat F-15EX.
Tentera Udara Amerika Syarikat dijangka mula mengoperasikan pesawat F-15EX di dalam tempoh beberapa minggu ini (jangkaan April ini), selepas segala ujian penilaiannya selesai.
Secara keseluruhannya, USAF akan mengoperasikan sebanyak 144 buah pesawat F-15EX untuk menggantikan pesawat F-15C/D.
USAF pada mulanya mahu menggantikan F-15C/D dengan F-22 Raptor tetapi memandangkan Amerika Syarikat telah pun membatalkan program Raptor itu maka F-35 sepatutnya menggantikan F-15C/D.
Tetapi itu pun tidak kesampaian kerana, soal kos satu jam penerbangan F-35 yang tinggi iaitu sehingga mencecah US$44,000 satu jam (RM176,000) berbanding kos satu jam penerbangan F-15EX yang dianggarkan US$29,000 atau RM116,000.
USAF mahukan pesawat F-35 terbang sekurang-kurangnya 200 jam setahun yang membawa kepada kos jam penerbangannya kepada kira-kira US$8.8 juta atau RM35.2 juta setahun yang terpaksa ditanggung.
Maka disebabkan itulah, USAF memilih F-15EX untuk menggantikan F-15C/D kerana kos jam penerbangannya yang jauh lebih rendah berbanding F-35.
Kalau Amerika Syarikat pun pening memikiorkan tentang kos jam penerbangnnya, maka kita yang lain ini pun kena pikior panjang sebelum bercadang memiliki pesawat-pesawat seperti F-15 dan sewaktu dengannya.
Untuk negara yang belanjawan pertahanannya yang sederhana macam kita, kita carilah opsyen yang sederhana juga.
Takut pesawat macam ni lebih banyak menghabiskan masa dalam hangar daripada terbang di awan biru disebabkan kos untuk mengoperasikannya yang tidak mampu ditanggung oleh kita.
Tetapi memang tak dapat dinafikan bahawa F-15EX ini memang menarik, kerana selain sistem avionik yang lebih berkemampuan, ia juga boleh membawa lebih banyak senjata berbanding versi F-15 terdahulu.
Apapun kita ucapkan tahniah kepada Indonesia.
Comments are closed.