Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Vietnam Beli 12 Pesawat Latihan/LCA “L-39NG” Dari Republik Czech

693

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Vietnam telah membuat pesanan untuk membeli sebanyak 12 buah pesawat L-39NG buatan syarikat pembuat kapal terbang Czech, Aero Vodochody yang bakal diterimanya ada 2023 dan 2023.

Penjualan itu adalah termasuk latihan, alat ganti dan segala bantuan lojistik dan ianya dimeterai dengan organisasi eksport pertahananrepublik Czech, Omnipol yang turut memiliki 49 peratus ekuiti syarikat Aero Vodochody.

L-39NG
Pesawat L-39NG

Pesawat L-39NG itu melakukan penerbangan sulungnya pada 2018.

Pada ketika ini pesawat latihan itu hanya digunakan oleh Tentera Udara Senegal dengan beberapa syarikat penyedia latihan penerbangan juga dikatakan komited untuk membeli di antara 10 hingga 12 buah pesawat itu, tetapi rundingan difahamkan masih berjalan. Syarikat pembuat pesawat itu juga bercadang menjual pesawat itu kepada Hungary dan Slovakia.

YAK-130
Pesawat YAK-130

Vietnam merupakan pengguna 31 buah pesawat L-39 Albatross, salah satu pesawat yang paling banyak digunakan oleh bekas negara-negara komunis.

Kira-kira 2,800 pesawat L-39 dieksport ke negara-negara bekas komunis ketika Perang Dingin.

Pesawat L-39NG ini digunakan untuk latihan juruterbang pesawat-pesawat pejuang gen-4 dan gen-5 selain boleh juga digunakan untuk tujuan serangan ringan kerana ia turut dilengkapi dengan lima hardpoints bagi membawa pelbagai jenis senjata.

Pesawat L-39NG ini boleh mencapai kelajuan maksimum 775km sejam dengan jarak operasi sejauh 2,600km.

Pada Februari tahun lepas, Vietnam turut menandatangani perjanjian dengan Russia untuk membeli sejumlah 12 buah pesaawat latihan/LCA jenis YAK-130 bernilai US$350 juta.

Hanoi adalah pelanggan ke-enam yang memperolehi pesawat itu selepas Algeria, Bangladesh, Myanmar, Laos dan Belarus.

Pesawat YAK-130 turut dilaporkan telah menarik minat Malaysia yang mempunyai keperluan sehingga 36 buah pesawat latihan/LCA.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.