Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Panglima Tentera Darat Hargai Kejayaan Rampas 402 KG Syabu Di Sungai Golok

0 1,010

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kejayaan Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) merampas 402kg dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai RM16.08 juta semasa melaksanakan rondaan pada 8 Februari yang lalu dihargai oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Atas kejayaan itu, Panglima Tentera Darat telah menyampaikan surat penghargaan kepada 8 Briged.

Tentera
Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.

Surat penghargaan atas rampasan dadah itu telah disampaikan oleh Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div), Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad telah melakukan lawatan ke kawasan OP MERPATI Sektor Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) beberapa hari lalu.

Dadah Syabu itu telah ditemui oleh anggota meronda di tebing Sungai Golok di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang kira-kira 10 pagi. Panglima 8 Briged Brig Jen Zamsari Abu Hassan berkata anggota daripada Batalion Ke-4 Rejimen menjumpai dadah berkenaan dalam 10 guni hitam berlabel teh jenama ‘Guanyinwang’ yang ditinggalkan dua individu di tebing Sungai Golok, kira-kira 10 pagi.

Tentera
Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.

Kedua-dua individu itu terus melarikan diri ke sebelah Thailand dengan menggunakan bot selepas menyedari kehadiran pasukan rondaan di tebing sungai berkenaan dan identiti mereka juga tidak dapat dikenal pasti.

Semasa lawatan itu, Panglima 2 Div diberikan taklimat sebelum dibawa ke lokasi kejadian rampasan syabu dan diikuti dengan perjumpaan bersama anggota pasukan.

Dalam ucapannya, Panglima 2 Div mengucapkan tahniah dan turut menyampaikan penghargaan PTD kepada semua anggota.

Tentera
Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.
Tentera
Gambar ehsan Berita Tentera Darat Malaysia.

 

Gambar dan Maklumat Daripada Berita Tentera Darat Malaysia.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...