Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Cadang Belanja RM19.2 Billion Untuk Bina Dua Buah Kapal Pertahanan Udara

0 838

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Jepun bercadang untuk membelanjakan US$4.8 bilion (RM19.2 bilion) untuk membina dua buah kapal perang destroyer khusus untuk fungsi-fungsi pertahanan udara (anti-air warfare) terutamanya dalam menangani serangan peluru berpandu daripada Korea Utara.

Kedua-dua kapal destroyer yang dikatakan bakal dibina oleh syarikat Mitsubishi Heavy Industries akan diletakkan di perairan antara Jepun dan Korea Utara bagi membolehkannya menangkis serangan peluru berpandu Pyongyang itu.

Type 055
Kapal cruiser Type 055 tentera laut China.

Apa yang menarik adalah saiz kedua-dua kapal destroyer tentera laut Jepun yang sedang dirancang dibina itu, kerana ia dikatakan bakal seberat di antara 9,000 tan (standard load) dan 11,000 tan (full payload).

Menurut pemerhati ketenteraan tempatan,  jika negara Matahari Terbit itu mengambil keputusan untuk membina kedua-dua kapal destroyer itu maka bakal muncul antara kapal kombat terbesar di rantau Pasifik, menyaingi kapal cruiser Type 055 tentera laut China, kapal cruiser kelas-Slava tentera laut Russia dan kapal destroyer kelas-Zumwalt tentera laut Amerika Syarikat.

Slava
Kapal cruiser “Varyag”tentera laut Russia adalah daripada kelas-Slava.

Cadangan untuk membina dua buah kapal destroyer itu timbul selepas cadangan kerajaan Jepun untuk menempat sistem pertahanan peluru berpandu Aegis di darat iaitu di Akita, utara Jepun dan Hagi, selatan negara itu dibantah oleh penduduk tempatan.

Sistem pertahanan pertahanan peluru berpandu Aegis ini bukan sahaja  berada di atas platform laut tetapi juga boleh ditempatkan di darat dan tentera Amerika Syarikat telah pun membina kemudahan yang sama di Romania dan Poland.

Kapal destroyer yang sedang dirancang untuk dibina oleh Jepun ini dijangka direkabentuk berdasarkan kapal destroyer kelas-Maya, cuma saiznya lebih besar sedikit.

Jika kapal destroyer kelas-Maya itu mamp menempatkan 96 pelancar peluru berpandu SM-3, maka dengan kapal destroyer yang lebih besar itu ia mampu menempatkan lebih banyak pelancar peluru berpandu pertahanan udara SM-3.

Saiz yang lebih besar juga menjadikan ia lebih teguh untuk menempuh laut bergelora, selain mampu berada lebih lama di lautan.

Zumwalt
Kapal destroyer kelas-Zumwalt tentera laut Amerika Syarikat

– DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...