Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

USS Nimitz Dikesan Belayar Di Selat Melaka Menuju Ke Laut China Selatan

0 1,106

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Nimitz (CVN 68) dan carrier battle group terdiri daripada kapal pemusnah kelas-Arleigh Burke, USS Sterett (DDG 104) dan kapal cruiser kelas-Ticonderoga, USS Princeton (CG 59) dikesan belayar di Selat Melaka menuju ke Laut China Selatan.

Mereka turut diiringi oleh kapal bekalan (oiler replenishment) USNS Yukon.

Nimitz

USS Nimitz yang berkuasa nuklear dan membawa sekurang-kurangnya 90 buah pesawat dan helikopter dikesan menerusi Open Source Intelligence (OSINT) mula memasuki Selat Melaka lewat malam semalam menuju ke Laut China Selatan.

Kapal pengangkut pesawat tentera laut Amerika Syarikat dan carrier battle group baru sahaja menamatkan tugas selama 241 hari di Timur Tengah berikutan ketegangan memuncak antara Washington dengan Teheran. Apabila ketegangan di Timur Tengah mulai kendur, USS Nimitz memulakan perjalanan pulang ke Washington untuk kerja-kerja penyelenggaran.  Dalam pelayaran pulang daripada Timur Tengah itu, ia melalui Lautan Hindi, Selat Melaka, Laut China Selatan dan seterusnya ke destinasi terakhirnya di Bremerton, Washington untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Theodore
USS Theodore Roosevelt di Guam.

Sebuah lagi kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Theodore Roosevelt kini berada di Guam selepas menghabiskan kira-kira dua minggu di Laut China Selatan, yang menyaksikan peningkatan ketegangan diantara Washington dan Beijing.

To recap, China menghantar beberapa pesawat pejuang dan pesawat pengebom untuk menceroboh ADIZ Taiwan sebelum melakukan “simulasi serangan” terhadap USS Theodore Roosevelt yang pada ketika itu berada di Laut China Selat, tidak jauh daripada Taiwan.

Dan semalam , kapal pemusnah kelas Arleigh Burke, USS John S MaCain belayar di Selat Taiwan yang memisahkan pulau dengan China dalam tindakan yang dianggap oleh Beijing sebagai sesuatu yang amat provokatif.

Kini dengan pengesahan kehadiran USS Nimitz di Selat Melaka, terdapat laporan mengatakan kapal pengangkut pesawat itu dan USS Theodore Roosevelt yang kini berada di Guam berkemungkinan akan bergabung di Laut China Selatan untuk mengadakan latihan bersama.

Jika itu berlaku, ia pasti sesuatu yang tidak akan disenangi oleh China yang mendakwa sebahagian besar Laut China Selatan sebagai miliknya.

USS Nimitz
Pesawat FA-18 di atas kapal pengangkut USS Nimitz di Timur Tengah.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...