Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Senjata Penembak Tepat “AX Chassis System” (AXAICS) U.S Secret Service

0 23

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat atau U.S Secret Service adalah agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan negara itu yang terletak dibawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Department of Homeland Security).

U.S Secret Service ini mempunyai beberapa tanggungjawab di bawah undang-undang negara itu, tetapi salah satu tugas yang paling penting dan paling glamer adalah menjaga keselamatan presiden dan naib presiden Amerika Syarikat.

Secret Service
Anggota US Secret Service dengan senjata penembak tepat berdasarkan pada AX Chassis System.

Bukan sahaja Presiden dan Naib Presiden tetapi juga keluarga terdekat mereka, pemimpin-pemimpin politik negara itu (sama ada daripada parti Demokrat mahupun Republican) daripada sebarang ancaman dalam dan luar negara.

Imej yang paling sinonim dengan anggota atau ejen U.S Secret Service adalah dimana setiap pergerakan Presiden atau Naib Presiden Amerika Syarikat akan diiringi oleh lelaki-lelaki atau wanita yang kemas berpakaian kot, cermin mata hitam dengan earpiece. Mereka jugalah yang akan tiba jauh lebih awal di lokasi yang sepatutnya dihadiri oleh pemimpin Amerika untuk membuat “sweeping” dan lain-lain.

secret service
Seorang lagi anggota U.S Secret Service dengan SR-25 pattern semi-automatic rifle.

 

Masyarakat Malaysia juga dapat sedikit sebanyak mempunyai pengalaman berhadapan dengan gelagat ejen-ejen U.S Secret Service apabila Presiden Barack Obama berkunjung ke Malaysia beberapa tahun lepas untuk persidangan kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.

Satu lagi imej yang sinonim dengan ejen-ejen U.S Secret Service adalah kehadiran anggota penembak tepat di atas White House, macam dalam filem Hollywood “White House Down” pada 2013.

Ok, kita hendak berbincang tentang senjata penembak tepat yang digunakan oleh anggota U.S Secret Service ketika bertugas di atas bumbung White House.

Anggota penembak tepat U. S Secret Service diketahui menggunakan senjata penembak tepat berdasarkan kepada sistem AX Chassis System (AXAICS) yang modular kerana ia boleh disesuaikan dengan jenis barrel serta kaliber peluru mengikut keperluan operasi.

Secret Service
Anggota U.S Secret Service di atas bumbung White House

Senjata yang dibangunkan oleh syarikat Accuracy International itu boleh menembak peluru-peluru .308 Winchester (untuk operasi jarak dekat) dan .300 Winchester Magnum kepada .338 Lapua Magnum untuk operasi jarak jauh.

AXAICS ini direka untuk extreme accuracy shooting yang memerlukan ketepatan tinggi pada tembakan pertama.

Senjata itu juga dilengkapi dengan scope Schmidt&Bender 5-25×56 PMII serta suppressor (penyenyap bunyi).

Harga bagi scope Schmidt & Bender senjata penembak tepat itu juga bukan murah-murah kerana ia dianggarkan berharga US$4500 (RM18,000) manakala suppressor pula dianggarkan berharga US$1500 (RM6,000).

secret service
Anggota U.S Secret Service di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.

Senjata penembak tepat berdasarkan kepada sistem AX Chassis System sebagaimana yang digunakan oleh anggota U.S Secret Service juga boleh dilengkap dengan barrel bagi peluru kaliber .50 (12.7mm) sebagaimana yang digunakan oleh anggota penembak tepat tentera Amerika Syarikat.

Seorang lagi anggota U.S Secret Service (shooter/spotter) dikenalpasti  membawa senapang penembak tepat yang lebih kecil iaitu daripada jenis SR-25 pattern semi-automatic rifle dan dilengkapi dengan 5.5x ACOG.

Walaupun daripada segi jarak tidak boleh menandingi AX Chassis System, tetapi SR-25 pattern itu memiliki rate of fire lebih tinggi dan sesuai untuk operasi jarak dekat dan sederhana.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...