(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat buah pesawat pengebom B-52 “Stratofortress” tiba di Pengkalan Udara Andersen, Guam untuk melaksanakan operasi di kawasan Indo-Pacific termasuk kemungkinan besar di Laut China Selatan, yang didakwa oleh China sebagai miliknya.
Keempat-empat pesawat pengebom itu daripada Skuadron ke-96 Pengebom di Pengkalan Udara Barksdale, Louisiana ditugaskan dalam misi “Bomber Task Force Deployment” untuk membantu unit udara Pasifik dalam operasi, latihan dengan rakan-rakan sekutu Amerika Syarikat.
“Misi pesawat-pesawat pengebom strategic membuktikan kesediaan kami untuk terlibat dalam apa-apa misi di seluruh dunia. Kita sentiasa bersedia untuk beroperasi di mana lokasi di dunia pada bila-bila masa sahaja,” kata komander skuadron itu Lt Kol Christopher Duff.
“Bomber Task Force Deployment memberi peluang kepada krew kami peluang untuk berlatih dan bekerja dengan sekutu dan rakan-rakan dalam operasi dan latihan bersama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pacific Air Forces (PACAF) dan menambah ia akan memastikan mereka mengekalkan tahap kesiagaan pada tahap yang paling tinggi.
Kali terakhir pesawat-pesawat pengebom B-52 daripada pengkalan udara Barksdale, Louisiana ke Pengkalan Udara Andersen di Guam adalah pada 2018.
Pesawat pengebom B-52 merupakan pengebom jarak jauh dan berat Tentera Udara Amerika yang mampu terbang sejauh lebih 9,000 batu (menggunakan tangki internal) dan setinggi 50,000 kali.
Dibantu pesawat-pesawat air-to-air refueling, pesawat pengebom B-52 mampu beroperasi di mana-mana lokasi di dunia.
Comments are closed.