Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Kerah USS Theodore Roosevelt ke Laut China Selatan?

0 508

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sehari selepas China meluluskan Undang-Undang Pengawal Pantai (Coast Guard Law) yang kontroversial, Amerika Syarikat dilaporkan telah mengerah kapal pengangkut pesawatnya CVN-71 USS Theodore Roosevelet dan kapal-kapal pengiringnya (carrier battle group) ke Laut China Selatan.

Pemerhati perkembangan di Laut China Selatan, Duan Dang di dalam ciapan Twitter-nya mengatakan, USS Theodore Roosevelt kini dikesan berada di utara Pulau Luzon selepas berada di Laut Filipina beberapa hari lepas.

roosevelt
USS Theodore Roosevelt

Beliau turut menyertakan imej satelit mengenai kehadiran kapal pengangkut pesawat itu di Laut China Selatan. Turut bersama USS Theodore Roosevelt adalah carrier battle groupnya terdiri daripada dua kapal destroyer (DDG-59 USS Russel dan DDG-113 USS John Finn) dan sebuah cruiser (DDG-52 USS Bunker Hill)

Sama ada kehadiran USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan adalah tindak balas segera Amerika Syarikat terhadap tindakan China meluluskan Undang-Undang Pengawal Pantai adalah tidak dapat dipastikan, tetapi jika benar kapal pengangkut pesawat itu kini berada di laut yang menjadi rebutan ramai, ia sudah semestinya akan meningkatkan lagi ketegangan antara dua kuasa besar dunia itu.

roosevelt
Imej satelit menunjukkan kehadiran kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan. (kredit Duan Dang)

Selain diiringi oleh kapal-kapal destroyer dan cruiser, USS Theodore Roosevelt juga membawa sekurang-kurangnya 90 buah pesawat termasuk helikopter.

Semalam, badan pengubal undang-undang tertinggi China meluluskan Undang-Undang Pengawal Pantai yang antara lain memberi kebenaran kepada kapal serta krew pengawal pantainya untuk melepaskan tembakan terhadap mana-mana kapal asing yang mengancam perairan China serta perairan yang didakwa dimilikinya.

Bukan sahaja mereka mempunyai kebenaran untuk menembak, tetapi undang-undang kontroversial itu juga membenarkan pengawal pantai China “mengambil apa-apa tindakan bersesuaian” untuk menghentikan atau mencegah ancaman daripada kapal-kapal asing.

Selain itu, undang-undang terbabit juga membenarkan anggota pengawal pantai China untuk merobohkan apa-apa struktur yang dibina di atas terumbu yang didakwa China sebagai miliknya dan menaiki (boarding) serta memeriksa mana-mana kapal asing yang berada di perairan yang Beijing dakwa sebagai miliknya.

Undang-undang Pengawal Pantai China itu juga membenarkan pengwujudan “zon larangan” (exclusion zone) untuk mengelak kapal-kapal asing dan krew mereka daripada memasukinya. (sila rujuk artikel terdahulu admin tentang Undang-Undang Pengawal Pantai China).

Dalam satu perkembangan terkini, terdapat juga laporan bahawa kapal amphibious assault ship LHA-6 USS America yang kini berada di Laut Filipina turut dalam perjalanan untuk menyertai USS Theodore Roosevelt, bersama-sama kapal pengiringinya, LPD-18 USS New Orleans dan LSD-48 USS Ashland.

Kedua-duanya dijangka mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan.

Roosevelt
Kapal USS America dengan sebuah pesawat F-35 cuba mendarat.
roosevelt
Sebuah pesawat pejuang F-35 Lightning berlepas daripada kapal USS America.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...