Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Iran Tempatkan”Dron Berani Mati” Di Yemen Untuk Serang Israel

0 1,184

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran dikatakan telah menghantar sejumlah “dron berani mati” (Kamikaze Drone) daripada jenis Shahed-136  ke wilayah utara Yemen dikenali nama Al-Jawf yang dikuasai oleh pemberontak Houthi yang disokong oleh Teheran.

Menurut majalah antarabangsa Newsweek, Shahed-136 yang dipercayai adalah hasil reverse engineering daripada dron kamikaze buatan Israel jenis “Harpy”, boleh terbang sejauh di antara 2,000km hingga 2,200km untuk menyerang kedudukan penting Israel, Arab Saudi atau Amerika Syarikat.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Kehadiran dron berani mati Iran di utara Yemen itu membuatkan keseluruhan kawasan Laut Merah, yang merupakan laluan perdagangan minyak dan gas penting menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut Mediterranean berada di bawah ancaman Teheran.

Pakar pertahanan serantau yang memantau pergerakan aset-aset tentera Iran mengatakan imej-imej satelit telah menunjukkan kehadiran dron-dron berani mati Iran di Al-Jawf. Mereka mengatakan dengan melancarkan dron berani mati itu daripada kawasan Houthi, Teheran berharap ia dapat mengelak daripada dipersalahkan oleh musuh-musuhnya jika serangan dron itu berlaku.

shahed
Imej satelit yang menunjukkan kehadiran dron berani mati Iran di Yemen.

Jika serangan dron berani mati itu berlaku, Teheran berharap Houthi yang akan dipersalahkan dan bukan ia.

Ia adalah seperti yang berlaku dalam siri serangan peluru berpandu dan dron-dron berani mati oleh Houthi terhadap kemudahan minyak dan gas serta lapangan terbang di Arab Saudi.

Senjata-senjata yang digunakan berasal daripada Iran dan hanya dioperasi sama ada oleh pemberontak Houthi atau unit-unit Kor Pengawal Revolusi Iran.

Kehadiran dron-dron berani mati Iran di utara Yemen yang dikuasai oleh pemberontak Houthi merupakan sebab utama disebalik tindakan Israel mengerah penempatan bateri peluru berpandu Patriot dan Iron Dome di bandar pelancongan Eilat di Laut Merah.

 

shahed
Bateri peluru berpandu Patriot di bandar pelancongan Eilat di Laut Merah.

Laporan media Israel mengatakan angkatan tentera negara itu menyedari ancaman daripada kumpulan-kumpulan militan proksi Israel yang mungkin menyerang Israel daripada Syria,Iraq,  Lubnan dan Yemen.

Beberapa hari lepas, pesawat-pesawat pejuang Israel menyerang gudang-gudang dan stor di kawasan timur Syria yang dipercayai menyimpan peralatan tentera Iran seperti peluru dan roket serta enjin-enjin untuk pesawat tanpa pemandu.

Stor dan gudang-gudang itu dioperasikan oleh kumpulan-kumpulan militant proksi Iran di Syria di bawah kawal selia anggota Kor Pengawal Revolusi Iran.

Media Syria mengatakan seramai 57 orang terbunuh dalam serangan oleh pesawat-pesawat F-35I “Adir” Israel.

shahed
Dron Berani Mati Iran dipercaya adalah hasil reverse engineering daripada dron berani mati Israel “Harpy”

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...