Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Tentera Pakistan Uji Roket Berpandu (Guided Rocket) “Fatah-1”

0 736

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Pakistan telah berjaya melancarkan ujian pelancaran sistem roket berpandu (Guided Multi-Launch Rocket System) yang dinamakan “Fatah-1” (Conquest-1), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Inter-Service Public Relations (ISPR).

Roket berpandu (guided rocket) yang dilengkapkan dengan bahan peledak konvesnional itu boleh membedil sasaran sehingga 140km jauhnya,  kata Ketua Pengarah Tentera Darat Pakistan Mejar Jeneral Babar Iftikhar.

Sistem roket berpandu “Fatah-1” itu akan memberikan kemampuan kepada tentera Pakistan untuk membedil dengan tepat kedudukan musuh jauh di dalam wilayah mereka.

ISPR turut membekalkan kepada media video yang menunjukkan ujian pelancaran roket berpandu itu, tetapi tidak menyatakan dengan jelas tarikh roket itu dilancarkan dan lokasi ujian pelancaran itu. Tahun lepas tentera Pakistan turut melancarkan peluru berpandu kruis “Raad-1”  dan peluru berpandu darat-ke-darat “Ghaznavi”.

Raad-1

Sistem peluru berpandu kruis, Raad-1 mempunyai jarak sasaran sejauh 600km manakala sistem peluru berpandu darat-ke-darat “Ghaznavi” (320km).

Ia juga menyatakan bahawa sistem roket berpandu “Fatah-1 itu dibangunkan oleh industry pertahanan tempatan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...