Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Temui Senjata Api Di Tampoi, Nafi Ia Bermotif “Serang Negara”

1,089

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak 19 individu termasuk warga asing dari Indonesia dan Myanmar telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan senjata api termasuk selaras raifal Steyr AUG 5.56mm di Tampoi, Johor awal tahun ini.

Perkara itu telah didedahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata senjata itu ditemui pada 1 dan 2 Jan lepas.

 

tampoi
Raifal Steyr 5.56mm

Beliau yang dipetik sebagai berkata oleh Bernama dalam satu sidang media hari ini, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai jenis dan jumlah senjata api yang ditemui.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata siasatan sedang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dibawah ketua polis Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. “Adakah ia (senjata) digunakan untuk tujuan menyalahi undang-undang atau ia bertujuan untuk dilupuskan? Kami masih menyiasat kes ini,” katanya sebagaimana dipetik oleh agensi berita nasional itu selepas melancarkan Buku Sejarah Penubuhan Briged Tengah dan Batalion 4,5,6 dan 19 PGA di Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras, di sini.

tampoi
ATM juga pernah menggunakan raifal Steyr 5.56mm sebagai raifal standardnya sebelum menggantikannya dengan Colt M4.

Ditanya sama ada penemuan senjata api itu mempunyai motif serangan terhadap negara, Acryl Sani berkata pihaknya tidak mengesan elemen berkenaan, beliau berkata”, “setakat ini, penemuan senjata api di Tampoi tidak nampak ke arah itu (serang negara)”.

Apapun beliau berkata, kesemua saspek sedang ditahan reman untuk siasatan lanjut dan tindakan susulan sedang dijalankan oleh Polis Johor termasuk menjalankan kerja-kerja risikan dan sebagainya.

Menurut media tempatan yang lain, pada 1 Januari lalu kira-kira jam 7.30 pagi, PGA menyerbu sebuah premis milik sebuah syarikat di Taman Tampoi Utama di Johor Bahru dan menahan 19 individu berusia antara 21 hingga 50 tahun.

tampoi
Pekan Tampoi di Johor.

Melalui serbuan itu, merampas selaras senjata jenis Steyr, sebuah lori tiga tan, 21 telefon bimbt dan bekas anak peluru dirampas.

Hasil siasatan awal, 16 pekerja terbabit membantu membuang senjata api yang dimuatkan dalam lori yang dirampas ke dua lokasi berlainan dan difahamkan ia membabitkan beberapa kotak raifal, senapang angin, pistol dan komponen senjata yang masih terlerai selain kotak peluru.

PGA turut mendapatkan bantuan Pasukan Polis Marin untuk mengesan senjata api yang dibuang, namun disebabkan arus deras operasi pencarian tidak dapat dijalankan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.